Kes Pembunuhan A. Kugan – Ketua Polis Negara Perlu Letak Jawatan

Rabu, 28 Januari, 2009

kugan

Selama ini telah banyak kita dengar bagaimana tahanan mati dalam lokap polis. Kadang-kadang punca kematian yang diberikan tidak masuk akal langsung. Lompat dari tingkap bilik soal siasat, rebah dan mati tanpa sebab dan macam-macam lagi.

Tak kurang juga kita dengar bagaimana pengakuan mereka yang dihadapkan di mahkamah mengatakan mereka telah disiksa untuk mendapatkan pengakuan.

Terbaru ialah kematian seorang pemuda bernama A. Kugan. Laporan bedah siasat mendapati beliau mati disebabkan air masuk dalam paru-paru. Hemmm……mungkin kat lokap polis tu ada swimming pool kot?

Kalau tak disebabkan keluarga dan orang ramai menyerbu masuk untuk melihat mayat Kugan di Hospital Serdang mungkin punca kematian beliau tak siapa yang tahu.

Cukup lah! Perkara ini tak sepatutnya berlaku. Sama ada individu-individu ini bersalah atau tidak adalah soal lain tetapi cara yang digunakan oleh polis bagi mendapatkan maklumat dan pengakuan dari suspek adalah tidak berperi kemanusiaan. Tak ubah macam tentera US yang menyiksa tahanan di Iraq dan tak ubah macam tentera Zionis yang menyiksa tahanan Palestin. Bagaimana sekiranya mereka ini memang tidak bersalah?

Selain dari polis-polis yang membunuh Kugan, orang yang sepatutnya lebih bertanggungjawab ialah Ketua Polis Negara sendiri. Beliau sepatutnya meletak jawatan serta merta.

Ini mengingatkan kembali satu peristiwa sewaktu remaja dahulu. Bagaimana seorang rakan saya di tangkap polis kerana disyaki mencuri basikal. Beliau menceritakan bagaimana polis menampar, menendang, menghantukkan kepalanya ke dinding dan tapak kakinya dipukul dengan getah paip. Bila beliau masih tidak mengaku akhirnya beliau diberikan tambang bas dan disuruh balik begitu saja. Selepas hari itu beliau menjadi pendiam dan menjadi gelabah bila saja ternampak uniform polis. Dan sememangnya bukan dia yang mencuri.

kugan photo

kugan photo

kugan photo

kugan photo

kugan photo

kugan photo

kugan photo

kugan photo

kugan video

Technorati Tags: ,

K. Terengganu Kini Milik Pakatan Rakyat

Ahad, 18 Januari, 2009

Tahniah di ucapkan kepada rakyat Terengganu terutamanya warga Kuala Terengganu. Sekali lagi sejarah seperti di Permatang Pauh diulangi.

Rakyat telah bersuara. Walau pun ramai mengatakan BN akan kembali pulih setelah Pak Lah “akan” meletak jawatan. Juga kerana harga minyak sudah tidak menjadi isu lagi. Wang Ehsan pun dah jadi Wang Royalti. Isu hudud di bangkitkan kembali. Namun keyakinan rakyat kepada BN masih juga sama.

Kekalahan kali ini merupakan tamparan hebat buat Najib yang akan menjadi Perdana Menteri pada Mac ini. Pilihanraya KT dianggap sebagai kayu pengukur sejauh mana penerimaan rakyat kepada kepimpinan Najib nanti.

Tiada siapa yang dapat disalahkan kecuali BN, terutamanya UMNO. Ini adalah kerana selepas kekalahan besar pada pilihanraya umum yang lepas, pimpinan UMNO masih lagi tidak sedar dan masih tidak mahu berubah bahawa rakyat sudah muak dengan pendekatan dan cara Malaysia di tadbir. Walau pun pada awalnya terdapat segelintir pemimpin UMNO cuba membawa angin perubahan ke dalam parti tapi akhirnya mereka ini disingkirkan dan di diamkan.

Akhbar-akhbar dan media-media elektronik yang dibawah kuasa BN masih lagi melakukan melaporkan berita-berita yang berat sebelah dan memualkan.

So Najib please wake up! You are right, the people have spoken yet again. Rakyat sudah muak dengan perebutan kuasa sesama anda. Rakyat sudah muak dengan pemimpin-pemimpin yang asyik merompak harta rakyat Malaysia.

 

malaysia hadari

Penurunan Harga Petrol Menyebabkan Pengusaha Stesen Rugi – Shahrir Samad

Ahad, 26 Oktober, 2008

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan pameran Minggu Kesedaran Kewangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor hari ini, Datuk Shahrir Abdul Samad, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengatakan penurunan harga petrol yang tinggi akan menyebabkan pengusaha minyak akan mengalami kerugian.

Dey Samad! Kau ni Menteri Hal Ehwal Pengguna atau Hal Ehwal Peniaga-Peniaga? Dulu waktu kerajaan menaikkan dengan mendadak harga petrol sampai 78 sen siapa yang untung besar? Bukan pengusaha-pengusaha stesen minyak ka!? Sekarang ni biar lah mereka rugi sikit.

Berita dipetik dari Malaysiakini.


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.