Penjimatan RM2b – Percutian Percuma Masih Dibenarkan

By malaysiahadari

Aku hairanlah dengan kerajaan BN pimpinan Pak Lah Bedul ni. Kadang-kadang  aku terlampau pelik sampai aku tersenyum sendiri dan terkedu tak terkata apa-apa lagi dah.

Yang terbaru ialah bila pengumuman Pak tentang langkah mengekang inflasi kerajaan menyenaraikan langkah-langkah penjimatan yang akan mengurangkan perbelanjaan pengurusan sebanyak RM2 billion. Perkara yang paling lucu ialah pengumuman bahawa bajet percutian PERCUMA bagi menteri-menteri dihadkan kepada percutian didalam negara-negara ASEAN sahaja. WHAT! Kenapa nak had-hadkan!? Kenapa tak hapuskan saja!?

Dalam keadaan rakyat menderita dan dihimpit kesusahan oleh kenaikan harga petrol, masih ada hati nak pergi bercuti lagi ka? Duit siapa yang mereka gunakan untuk bercuti tu? Adakah terlalu miskin menteri-menteri kita hinggakan tak cukup duit gaji yang dibayar untuk pergi bercuti menggunakan duit sendiri?holiday-cartoon

Aku pasti ramai yang terkejut dan tak tahu pun bahawa selama ini menteri-menteri kita dapat percutian percuma sekali setahun untuk pergi ‘makan angin’ bersama sanak saudara mereka dimana-mana negara di dunia ni.

Memang dasar pemimpin yang tak sedar diri! Hidup senang lenang sedangkan rakyat sedang merana. Lepas tu pandai cakap suruh rakyat ubah cara hidup. Suruh makan ubi kentang lah, itu lah ini lah. Mereka sendiri langsung tak berubah. Macam ketam suruh anak berjalan betul.

Aku heran betul. Tak terkata apa dah………….

3 Respons bagi “Penjimatan RM2b – Percutian Percuma Masih Dibenarkan”

  1. zura Berkata:

    itulah manusia kalau tak sedar diri & ingat dari mana dia datang…hidup diatas kesengsaraan hidup orang lain..dunia ni hanya sementara..ingat2 lah mati wahai pemimpin2 UMNO smua..

  2. azizah binti latiff Berkata:

    aku benci kaum kerabat UMNO rasa nak muntah.

  3. is150 Berkata:

    apsal aku baru tau….

Tinggalkan jawapan