Archive for Jun 2007

Eric Chia bebas tuduhan gelapkan wang Perwaja

Rabu, 27 Jun, 2007

Hari ini Eric Chia telah dibebaskan dari tuduhan menggelapkan berjuta-juta ringgit wang rakyat semasa menerajui PERWAJA.

Tapi semua orang dah boleh agak dah. Dari mula lagi dah boleh agak ending cerita/wayang ni macam mana. Macam cerita Hindustan atau filem Melayu, gambar baru start 10 minit dah boleh agak ending dia macam mana.

Sewaktu berjumpa dengan wartawan selepas keputusan mahkamah diputuskan, Eric Chia yang berkerusi roda kerana faktor kesihatan memaklumkan beliau akan ke Tibet sebagai tanda bersyukurnya selepas dibebaskan dari tuduhan (macam orang Islam pi Mekah untuk Umrah lar tu).

Jangan anda terkejut jika selepas balik dari ‘Umrah’nya nanti Eric Chia akan tiba-tiba boleh berjalan dan boleh bermain golf seperti sediakala. IT’S A MIRICLE!!

Tapi the million dollar question is……mana perginya wang yang berjuta-juta tu? Nampak gaya jadi macam skandal MBF jugalah nampaknya.

KL Sesudah Banjir

Khamis, 21 Jun, 2007

This picture was forwarded by email to me.

Busuk near dataran Near Dataran Merdeka
Cambel complet Dang Wangi Near Campbell
Children libary Menjemur buku di Children Library
Park in Dataran Parking Dataran Merdeka
Jalan Mushi Abdullah Jalan Muhsi Abdullah
Lelong RM3 Lelong!! Semua barang RM3 sempena Karnival Julan 2007 di Masid Jamek
Masjid Jamek Sekitar Masjid Jamek
   
Tangkap lepas banjir Tetamu di hutan batu. Ada harga tu!
Welcome to Malaysia!!  

SMART yang tak berapa SMART

Ahad, 17 Jun, 2007

Stormwater Management and Road Tunnel (SMART) yang digembar gemburkan sebagai laluan unik dimana Pintu Kawalan Banjir Automatik di bahagian akhir terowong yang akan bertukar menjadi terowong air banjir untuk melencongkan air banjir dari kolam tadahan dan kawasan simpanan ke Sg Kerayong dan akan dilepaskan semula ke Sg Klang ternyata masih BELUM SIAP seperti yang dilaporkan oleh media-media perdana.

smart tunnel

Yang siap cuma laluan kereta saja yang telah siap. Ini menimbulkan persoalan kenapa media arus perdana cuba menggembar gemburkan berita palsu mengatakan laluan SMART telah pun siap?

Walau bagaimana pun akibar banjir kilat yang berlaku baru-baru ini telah mendedahkan cerita yang sebenar.

flood1