AKU DAH BOSAN !!!

Title: Aku Dah Bosan
Artist: Amy Search

“Beri aku tanda bilakan berakhir
mainan silapmata
tangan seni tukang sihir

Aku dah bosan (3x)
Melayani nafsumu

Kau sedang tertawa
Bermain benangmu
Sedang maharani menangis
menonton kisah penyu

Aku dah bosan (3x)
Melayani Angan-angan mu

Perlu perubahan perlu keadilan
Perlu memahami erti keindahan
Kurangkan Cengkaman
jangan pergunakan
Semoga aman”

Lirik diatas menyatakan perasaan aku yang sebenar terhadap kepimpinan PM kita Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dibawah BN hari ini! Teruk….teruk. Apa nak jadi Malaysia kita ni.

Dari mula lagi semasa Mahathir melepaskan pucuk pimpinan kepada Pak Lah hati aku rasa tak sedap semacam. Di lihatkan ‘background’ Pak Lah, memang belum cukup ‘ilmu’ untuk nak pegang pucuk pimpinan. Senario pemilihan beliau pun disebabkan krisis Mahathir-Annuar menyebabkan beliau dijadikan Pak Sanggup.

Apa pun, aku melayan hati untuk baik sangka terhadap beliau. Mungkin ada senjata-senjata tersembunyi di sebalik kelembutan Pak Lah. Namun hari demi hari dan lama kelamaan makin teruk pula rasanya.

Pemimpin-pemimpin lama (senior) dalam barisan kepimpinan UMNO dan parti-parti komponen BN memang tak respect langsung pada beliau. Tak macam Mahathir dulu. Apa-apa keputusan atau arahan yang keluar dari mulut Pak Lah tak diambil serius langsung, nak buat – buat, tak nak buat pun tak apa, Pak Lah tak boleh buat apa-apa pun.

Di tambah pula dengan penglibatan ketara menantu beliau Khairy Jamaluddin yang kini menampakan peranan beliau yang begitu aktif dalam mencorakkan dasar dan kepimpinan Pak Lah.

Memang ramai orang yang tidak puas hati dengan penglibatan Khairy dalam politik Malaysia, bukan saja dari kalangan parti-parti pembangkang, tetapi juga dalam parti-parti komponen BN terutamanya dalam UMNO sendiri. Lihat sajalah sewaktu pilihanraya di Ijok, muka dan wajah beliau saja yang terpapar di muka-muka akhbar dan TV. Seolah-olah beliau saja yang buat kempen di Ijok. Publisiti kepada pemimpin-pemimpin lain langsung tenggelam.

Kenaikan harga barangan (bermula dari kenaikan harga petrol) seperti tidak boleh dibendung lagi. Rakyat semakin tersepit dan terhimpit. Pemimpin-pemimpin yang dipertanggung jawapkan seperti sudah hilang arah untuk membendung kenaikan harga-harga barang. Yang selalu kita dengan dari mulut pemimpin-pemimpin, “kita akan pantau..kita akan pantau”. Tapi apa yang jadi? Naik tetap naik juga. Paling lucu bagi aku baru ini ialah kenaikan harga tepung. Alih-alih yang digembar-gemburkan pula ialah harga roti canai. Macamlah roti canai ni saja yang pakai tepung! Rakyat minta supaya harga tepung jangan naik, dia cakap harga roti tak akan naik. Walaupun harga roti canai tak naik tapi sekarang ni roti canai ni dah semakin lut sinar. Kalau angkat dan pegang depan muka, boleh nampak muka mamak roti tu disebelah sana.

Dengan pilhanraya umum yang akan menjelma tidak lama lagi aku berharap sangat kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara membuat ‘statement’ dengan menyampaikan mesej kepada kepimpinan Pak Lah bahawa semua ini perlu dihentikan serta-merta. Seperti kata lirik Amy Search ni…AKU DAH BOSAN…MELAYANI ANGAN-ANGAN MU..PERLU PERUBAHAN!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: