Archive for September 2007

Terbukti sudah : Sistem Kehakiman Malaysia tercabul

Ahad, 23 September, 2007

taken from malaysiakini.com

Sememangnya telah diketahui sistem kehakiman negara telah korup. Cuma sebelum ini tiada bukti kukuh dapat ditonjolkan kepada masyarakat.

Tapi kali ini dengan tersebarnya audio visual perbualan salah seorang peguam senior, V K Lingam dengan Tun Fairuz Ahmad (semasa itu Datuk) nah! sudah terang lagi bersuluh bagaimana korupnya sistem kehakiman negara kita.

Sudahlah sebelum ini kita di sajikan berlaku penyelewengan dan rasuh dalam BPR dan kemudian dalam PDRM, kini satu lagi institusi penting sebuah negara diperlihatkan. Apa pula selepas ini?

Advertisements

Al-Fatihah – Nurin Jazlin

Ahad, 23 September, 2007

nurin jazlin Malaysia dikejutkan dengan pembunuhan kejam adik Nurin. Tak dapat dibayangkan bagaimana seorang manusia tergamak melakukan perbuatan seumpama itu terhadap seorang manusia lain, lebih-lebih lagi kepada seorang kanak-kanak.

Kejam!

Semuga Allah mencucuri rahmat keatas adik Nurin dan seterusnya membongkarkan identiti pembunuh tersebut serta menurunkan bala keatas pembunuh kejam ini.

Perlu di ingatkan ini bukan lah kali pertama pembunuhan dan kes penginayaan terhadap kanak-kanak berlaku di Malaysia.