Hadiah Depavali BN

Setelah tragedi di Kampung Brembang, kini tiba pula satu lagi tindakan rakus kerajaan BN terhadap penduduk-penduduk di Kampung Rimba Jaya. 30hb Oktober yang lepas pihak MBSA dengan secara paksa dan ala-ala samseng telah merobohkan sebuah Kuil Hindu serta rumah-rumah berdekatan dan sebuah tadika.

Tanpa memikirkan sensitiviti penganut-penganut Hindu yang sedang bersiap sedia merayakan hari Depavali yang menjelang tiba pihak MBSA telah bertindak nekad merobohkan kuil tersebut dalam masa yang sama mencederakan ramai penduduk-penduduk tempatan yang bertindak mempertahankan hak mereka.

RimbaRaya01

Inikah contoh yang baik yang ingin ditunjukkan oleh sebuah kerajaan yang mana pemimpinnya beragama islam? Ini kah contoh sebuah kerajaan yang cuba menonjolkan prinsip-prinsip islam hadari? Tidak ada jalan lain kah yang boleh diambil untuk meleraikan masalah ini? Dimana nilai-nilai kemanusiaan kita?

RimbaRaya02

Lebih menarik lagi apa bila saya terjumpa sebuah artikel didalam majalah Aliran tahun 2003 dimana isu ini sebenarnya telah lama ingin diambil tindakan oleh MBSA. Walau bagaimana pun telah ditolak oleh pihak mahkamah. Lebih menarik lagi ialah dimana artikel tersebut menyatakan :

“The validity of the MBSA notice was then torn apart by the Judge. Sharizal, MBSA’s counsel, revealed innocently that the MBSA acted on a directive from the Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor. He said there was a directive from the State Exco dated 7 October 2003 directing the MBSA to go to the land and demolish the houses.
This revelation raised eyebrows, as it clearly contradicted the Clearance of Squatters Regulation 1969, which requires the MBSA to decide. Why was there an overriding directive from the SUK? It was a question Sharizal failed to answer.”

Untuk artikel penuh layari laman Aliran.

RimbaRaya03

p.s. – Dikatakan Samy Vellu yang turun untuk cuba menyelesaikan masalah tersebut turut terkena pancutan air dari pihak FRU. Apasal Samy kau lari? Kan kata pembela nasib kaum India?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: