Hindraf – Pukul Anak Sindir Menantu

Esok 25hb November merupakan hari dimana Hindraf (Hindu Rights Action Force) akan mengadakan perhimpunan aman bagi menyerahkan memorandum kepada Konsulat British di Malaysia. Memorandum tersebut adalah susulan kepada saman masyarakat India Malaysia terhadap Kerajaan British (sewaktu memerintah dan selepas memberi kemerdekaan kepada Malaysia) di Royal Courts of Justice, England pada August 2007. Saman yang dikemukaan menuntut gantirugi sebanyak 48 trilion pound!

Kepada kebanyakan kita, terutama orang Melayu mungkin bertanya apakah maksud dan tujuan saman tersebut? Dan apakah kena mengena kerajaan British di salahkan dengan kedudukan orang India Malaysia pada hari ini?

Jawapan mudah kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang tak berapa faham selok belok politik ni ialah seperti pepatah Melayu, “Pukul anak sindir menantu”. Yang membawa maksud memarahi / menasihati seseorang padahal yang dituju adalah orang lain.

Saman tersebut walaupun ditujukan kepada Kerajaan British tetapi yang akan terasa malunya ialah Kerajaan Malaysia. Apa tidaknya, rakyatnya pergi mengadu kepada orang lain dengan mengatakan negaranya sendiri telah menginayai dan menidakkan hak mereka. Tidak malukah kita (baca Kerajaan Malaysia pimpinan BN).

Katakan contohnya anak kita pergi mengadu dan bercerita kepada jiran-jiran yang mak bapak dia mengabaikannya dan tidak memberi kasih sayang secukupnya, tidak malukan kita pada jiran-jiran? Begitu jugalah dengan kes ini.

Dari ketiga-tiga kaum terbesar di Malaysia, Melayu, Cina & India, kaum India adalah yang paling malang dan terpinggir. Orang Melayu sekurang-kurangnya masih bernafas kerana masih memegang tampuk pemerintahan dan kuasa politik manakala kaum Cina pula menguasai ekonomi. Kaum India?

MIC yang kononnya mewakili kuasa politik kaum India juga lebih kurang sama dengan barisan parti-parti politik BN yang lain, terperangkap dengan trend jaga periuk nasi masing-masing dan memperkayakan diri sementara berkuasa. Pada hakikatnya tidak banyak yang dilakukan oleh parti-parti politik India untuk membela nasib kaum mereka.

Sehingga hari ini masih ada lagi orang India yang masih kekal dan hidup daif di ladang getah seluruh negara seperti datuk dan nenek mereka yang datang dari tanah India suatu ketika dahulu. Bantahan mereka untuk mendapatkan gaji tetap sehingga hari ini senyap begitu saja. Anak-anak mereka banyak yang tidak berpelajaran dan kalau ada yang pandai-pandai pun mereka tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran oleh faktor kewangan.

Kini dengan arus pembangunan, banyak ladang-ladang getah telah ditutup dan dimajukan untuk tujuan lain. Pekerja-pekerja ini yang telah bekerja berpuluh-puluh tahun telah diberhentikan begitu sahaja dan tidak diberikan apa-apa pampasan. Mereka dihalau dan dibiarkan membawa diri masing-masing yang akhirnya merempat di kawasan-kawasan setinggan. Dan mereka ini terus dilupakan.

Lebih menyulitkan keadaan ialah sistem kasta yang masih di amalkan sehingga ke hari ini. Tanyalah kawan-kawan India anda sejauh mana sistem kasta ini mempengaruhi hidup mereka baik dalam pergaulan sesama mereka, politik, perkahwinan dan lain-lain lagi. Dalam erti kata lain tiada perpaduan dalam kaum mereka sendiri menyebabkan kaum India mudah di perkotak katikkan dan dimanipulasi oleh orang lain.

Kini setelah sekian lama dimanipulasi dan diabaikan, generasi-generasi muda India sudah mula sedar bahawa mereka perlu berbuat sesuatu untuk kaum mereka sendiri. Parti-parti politik mereka didalam BN tidak boleh diharap untuk mengubah nasib mereka lagi. Lihat saja bagaimana beberapa kes baru-baru ini melibatkan meruntuh dan memusnahkan kuil-kuil Hindu oleh kerajaan dengan cara yang tidak berhemah dan kejam walaupun ada banyak cara yang lebih baik yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah pembinaan kuil-kuil ‘haram’.

Susulan dari itu maka janganlah kita merasa hairan kenapa kini kaum India sudah mula menunjukkan rasa tidak puas hati mereka secara terang-terangnya. Walau pun kita berlainan agama dan bangsa tetapi tanyalah diri anda sendiri adakah wajar mereka bertindak sedemikian? Bayangkan sekiranya perkara-perkara ini yang menimpa bangsa anda sendiri. Apakah anda juga akan bertindak seperti mereka?

So tunggu apa lago BODOH!!! Vote NO to BN.

2 Respons to “Hindraf – Pukul Anak Sindir Menantu”

  1. Affuan Says:

    Hehe. Ko India ke?

  2. rm1juta Says:

    Tanya mr samy apa yang dia buat……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: