Archive for Mac 2008

ADUN Terengganu Jilat Ludah Sendiri

Ahad, 30 Mac, 2008

Malunya aku ada lagi pemimpin macam ni dalam UMNO. Hari tu kata kalau Datuk Ahmad Said dipilih jadi MB mereka semua sepakat nak letak jawatan. Siap tandatangan surat pengakuan. Akhirnya semua buat U turn.

Kalau macam ni la quality pemimpin-pemimpin yang ada dalam UMNO memang confirm PRU13 dan seterusnya aku still pangkah Barisan Rakyat. Tak ada prinsip langsung. Sanggup jual maruah hanya kerana kuasa. Simpati aku kepada rakyat Terengganu yang mempunyai pemimpin-pemimpin macam ni.

idrisjusoh01

Bye-bye Deris! Nampaknya Monsoon Cup tu dah bertukar jadi Tsunami Cup. 

Advertisements

Lagi Desakan Untuk Pak Lah Berundur

Isnin, 24 Mac, 2008

 

Semakin hari semakin banyak suara-suara dari dalam UMNO meminta Pak Lah meletak jawatan. Kali ini dari 80 cawangan UMNO Muar. Berita selanjutnya klik disini.

UMNO – Cakap Tak Serupa Bikin

Isnin, 24 Mac, 2008

terengganu_mizan Pelik bagai mana UMNO di Perak telah mengadakan demonstrasi membantah kenyataan Lim Kit Siang untuk memboikot sidang perlantikan Menteri Besar Perak. Merekalah yang ‘konon’nya pelindung dan penyokong institusi Kesultanan Melayu. Tapi di Terengganu lain pula jadinya. UMNO pula yang kini menentang kehendak Istana. Kenapa ya?

Boleh pilih-pilih ka? Sekejap suka sekejap tak suka. Macam main-main pula.

Mungkin pengajaran yang nak di tunjukkan di sini ialah orang bukan Melayu tak boleh derhaka kepada Sultan tapi orang Melayu (baca UMNO) boleh? Tapi kenapa isu yang sama seperti di Perlis UMNO backoff?

Nak tau kenapa? Sebenarnya ini bukan isu menderhaka atau tidak. Ini kerana di Perak kini diperintah oleh Barisan Rakyat dan isu yang dibangkitkan adalah berkenaan parti berbangsa Cina iaitu DAP. Bukan sebab nak jadi pelindung Institusi Raja pun.

Di Perlis UMNO backoff sebab sememangnya Shahidan Kasim tidak disukai oleh Pak Lah. Nama Shahidan pun sememangnya tiada dalam senarai awal calon PRU12. Lagi pun Perlis ni kecil dan miskin pulak tu. Berbeza di Terengganu ada minyak dan ada duit royalti RM1 billion. Inilah yang UMNO bermati-matian memperjuangkan calon mereka. Derhaka atau tidak boleh letak tepi dulu.

(more…)