Barisan Rakyat!!

suara_rakyat

Akhirnya, rakyat sudah bersuara. Undi rakyat undi keramat. Belum pernah dalam lipatan sejarah Malaysia moden kita melihat kebangkitan suara rakyat yang akhirnya menolak kerajaan Barisan Nasional yang selama ini menyalahgunakan kuasa dan memperbodohkan kita selama ini.

Kita selama ini ditakut-takutkan akan berlaku huru hara dan ketidak stabilan dalam negara jika pihak pembangkang memerintah. Ternyata sudah terbukti itu semua omong-omong kosong. Jika pun ia berlaku ianya berlaku ia akan didalangi oleh BN sendiri. BN perlu sedar, ini bukan lagi 1969 dimana semangat perkauman boleh diapi-apikan untuk melaga-lagakan kita lagi.

Umno, MIC, MCA, Gerakan perlu sedar mereka bukan lagi satu-satunya parti yang boleh mewakili kaum-kaum di Malaysia. Kita sudah ada alternatif lain iaitu Barisan Alternatif, Barisan Rakyat. BN yang kononnya satu-satunya pejuang Melayu sudah mempunyai PAS, DAP dan satu parti yang agak unik yang diwakili semua kaum, PKR. Parti Gerakan yang semasa penubuhannya dahulu cuba mewakili semua kaum ternyata telah gagal dimananya akhirnya menjadi parti yang majoritinya orang-orang Cina. Apakah PKR juga akan menjadi begitu akan menjadi satu pemerhatian yang menarik.

Perubahan ketara yang ditunjukkan oleh PAS pada kali juga berhasil menarik bukan saja Melayu. Nampak gayanya PAS telah belajar dari kesilapan tahun 2004 bahawa Negara Islam tidak boleh dipaksa sebaliknya perlu ditonjolkan melalui kepimpinan. Sifat-sifat dan nilai-nilai murni universal adalah juga nilai-nilai yang diajar dalam Islam. Bermaknanya mengamalkan nilai-nilai universal itu lebih penting daripada meneriak kepada dunia yang Malaysia itu sebuah negara Islam. PAS perlu bekerja lebih kuat lagi bagi menunjukkan bahawa Islam itu dapat memberi pembelaan yang sewajarnya kepada semua kaum.

Bagi saya sendiri sememangnya perkara seperti ini telah dinanti-nantikan sewaktu reformasi yang pertama 1999 lagi. Saya sendiri agak terkejut melihat keputusan kali ini. Tidak sekali-kali menyangka negeri-negeri seperti Selangor dan Perak boleh dimenangi oleh Barisan Alternatif. Namun agak kecewa negeri-negeri seperti Terengganu dan Perlis masih dipegang oleh BN. Agak kecewa juga Negeri seperti Pahang dan Johor masih lagi mempercayai BN walaupun terang-terangan BN telah mengkianati kita semua. Apa pun saya percaya semua ini ada hikmah disebaliknya.

Kepada BA setinggi-tinggi tahniah. Anda semua layak meraikan kemenangan ini setelah sekian lama bekerja keras untuk menikmati hasil sebegini. Tapi selepas ini ingat, perjalanan anda masih jauh. Rakyat telah meletakkan kepercayaan dan masa depan mereka di tangan anda. Jangan kianati kami!Anda diberi mandat selama 5 tahun lagi untuk membuktikan janji-janji yang telah dibuat. Tak bermakna kami akan terus menyokong anda dalam pilihanraya depan.

Kepada BN, bagi anda yang masih iklas dengan perjuangan asal parti bukalah mata dan beranilah bersuara untuk memperbetulkan kepimpinan yang pincang selama ini. Kami tidak akan teragak-agak untuk menghukum anda lagi.

Kepada Pak Lah, Najib dan Khairi tahniah atas kemenangan. Diharapkan Umno tidak akan membiarkan mereka ini meraikan kemenangan untuk jangka masa yang terlalu lama.

Kepada Rakyat Malaysia, kita telah menjalankan kewajipan kita, kini terpulanglah kepada pemimpin-pemimpin yang dilantik tak kira dari parti mana untuk berkhidmat dengan cemerlang. Ingatlah masa depan anda di TANGAN RAKYAT. Jadi lah Yang Berkhidmat untuk Dihormat.

webmaster.

p/s : bye-bye Samy! samy

Clipboard01

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: