Lim Guang Eng Ketua Menteri Baru P. Pinang

 

Selepas Kedah, kini Pulau Pinang mempunyai Ketua Menteri yang barulimguaneng. Sebaik perlantikan beliau telah mengeluarkan beberapa arahan baru.

1. Semua saman melibatkan lesen penjaja dan parking yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang(MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai(MPSP) sebelum 11 Mac akan dibatalkan.

2. Mengkaji semula polisi perlantikan Ahli Majlis dan kemungkinan memperkenalkan pilihanraya kerajaan tempatan (local government elections).

3. Pemilihan tender dan sebutharga terbuka untuk semua pemberian kontrak oleh kerajaan tempatan. Sebuah portal online akan diwujudkan dimana senarai sebutharga akan dipamirkan untuk orang awam.

4. Deklerasi aset dan harta oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ketua-ketua dalam kerajaan tempatan.

Deklerasi aset dan harta merupakan satu yang menarik untuk diikuti. Lepas ni bolehlah kita melihat berapa kaya dan mewah wakil-wakil BN(baca pembangkang) yang masih kekal. Berapa banyak harta ketua-ketua, pengarah-pengarah dan ahli majlis tempatan yang memegang jawantan di Pulau Pinang.

Satu langkah pertama yang baik untuk kerajaan yang lebih telus dan adil.

3 Respons to “Lim Guang Eng Ketua Menteri Baru P. Pinang”

  1. mzmn Says:

    Semoga apa yang bakal dilaksanakan oleh Lim Guan Eng untuk kebaikan semua pihak dan penuh ketelusan itu mendapat sokongan semua pihak. Sebagai rakyat, pastinya kita menyambut baik setiap apa yang dirangka dan diprogramkan untuk kepentingan bersama dan bukannya sekadar dapat memberi keuntungan sebelah pihak semata-mata.

  2. Abdullah b.Sahid Says:

    TAHNIAH,TAHNIAH & TAHNIAH.

    Saya bangga dan berbesar hati kerana pihak tuan telah berjaya memberi 1 tamparan pada kerajaan BN dan membuat 1 lemparan sejarah di dalam sejarah Malaysia.
    Walaupun saya terpaksa mengundi BN kerana takut projek perumahan dikamapung kami dan kami dianaktirikan oleh mereka sekiranya kami mengundi Pembangkang.

    Sekiranya baik pihak tuan dapat mendedahkan salahlaku dan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO di Negeri Pulau Pinang yang kononnya membantu kaum dan bangsanya sendiri.

    Saya harap pihak tuan telus dalam menjalankan tugas2 tuan yang mencabar ini.

    Terimakasih.

  3. malaysiahadari Says:

    Saudara Abdullah,

    Saya mempunyai ramai kenalan yang mengalami situasi yang sama seperti saudara diugut dan dipaksa utk undi BN. Apa yg saudara mungkin boleh lakukan ialah buat undi rosak di pilihanraya akan datang.

    Mertua saya di Felda juga diperlakukan demikian, jika tidak tak dapat subsidi baja dan lain2 bantuan. So saya suruh mereka buat undi rosak.

    Dan UMNO masih mengaku mereka pejuang bangsa Melayu…….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: