Protes DEB di P. Pinang – Nasi Sudah Menjadi Bubur

Jumaat (15 Mac) : Pada 3 ptg tadi kira-kira 1000 orang Melayu telah mengadakan perhimpunan haram di KOMTAR bagi membantah penghapusan DEB oleh kerajaan baru DAP. Menurut Ketua Menterinya Lim Guan Eng dasar tersebut akan digantikan dengan dasar baru Barisan Rakyat iaitu Agenda Ekonomi Malaysia dimana secara amnya memberikan hak yang saksama kepada semua rakyat tidak mengira bangsa atau agama.

Maka pada jam 3 petang tadi turun juak-juak dari barisan pembangkang (baca UMNO) yang kononnya mewakili bangsa Melayu terpekik-pekik dan terlolong mahukan DEB dilaksanakan kembali. Dan siapakah mereka-mereka ini? Sememangnya diketahui orang Melayu adalah minoriti di Pulau Pinang, tapi tak kanlah cuma seribu lebih saja orang Melayu yang tinggal? Jika benar DEB sebegitu penting untuk orang-orang Melayu kenapakah tak ramai yang turun membantah?

Tanyalah kepada orang-orang Melayu Pulau Pinang, sebenarnya DEB telah lama berkubur. DEB telah lama mati sejak pemerintahan BN lagi. Sewaktu Gerakan memerintah DEB sudah lama tidak dilaksanakan. Cuma yang berbezanya kali ini DAP telah menyatakan secara terbuka.

Tanyalah kepada pemimpin-pemimpin BN khasnya UMNO sejak bila orang Melayu mula terpinggir dalam arus pembangunan Pulau Pinang? Jika DEB dilaksanakan sebelum ini kenapakah orang-orang Melayu masih mundur sedangkan berpuluh tahun BN memegang tampok pemerintahan?

Salah satu contoh yang masih segar lagi diingatan kita semua ialah peristiwa Tsunami yang melanda di Tanjong Tokong. Banyak penempatan dan harta benda di perkampungan orang-orang Melayu yang musnah. Kerajaan BN melalui Gerakan telah menjanjikan bantuan termasuk penyediaan rumah baru kepada para mangsa. Tetapi mereka terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk bantuan tersebut hingga terpaksa melakukan tunjuk perasaan bagi mendapatkan perhatian. Jadi di mana perginya juak-juak yang turun berdemonstrasi di Komtar tu pada waktu itu? Kemanakan perginya pemimpin UMNO yang kononnya berjuang mempertahankan hak-hak orang Melayu pada waktu itu? Itu cuma satu contoh, ada banyak lagi.

Jadi kenapakan baru sekarang orang-orang UMNO nak tunjuk taring? Jawapanya ialah kerana mereka-mereka ini lah yang sebenarnya rugi jika DEB tidak dilaksanakan. Mereka inilah yang sewaktu pemerintahan BN dengan rakusnya membolot segala kontrak-kontrak kerajaan dan perniagaan yang diberikan melalui peruntukan dalam DEB. Bangsat-bangsat inilah yang turun memprotes di Komtar, bangsat-bangsat UMNO, bukan orang Melayu Pulau Pinang!

Bagi orang-orang Melayu Pulau Pinang mereka sudah tidak peduli lagi tentang DEB kerana setelah sekian lama mereka tidak pernah merasakan sedikit pun bantuan oleh dasar ini. Semuanya telah di’gabus’ oleh puak-puak UMNOputra. Nak dihapuskan atau tidak sama saja. Dan apa yang dijanjikan oleh DAP melalui dasar keterbukaan untuk semua kaum menjanjikan pembelaan yang lebih baik.

Jadi janganlah kita mengharapkan lagi akan DEB. Pembentukan DEB bermula dengan satu niat yang mulia untuk memperkasa bangsa Melayu kini setelah 50 tahun telah di sabotaj untuk memperkayakan UMNOputra sahaja. Kita harus memberi peluang kepada Agenda Ekonomi Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Rakyat yang ternyata tidak membelakangkan orang-orang Melayu tetapi dalam masa yang sama memberikan keadilan yang saksama untuk kaum-kaum yang lain. Bukankah itu yang dituntut olah Islam sendiri? Keadilan untuk semua hamba Allah.

5 Respons to “Protes DEB di P. Pinang – Nasi Sudah Menjadi Bubur”

  1. azlan Says:

    Woi b***h jangan mengarut boleh tak. Aku tau hang ni benci kat UMNO tapi cuba cakap guna fakta sikit boleh tak. Kalau hang nak tau banyak yang dapat kontrak kerajaan penang sebelum ni adalh orang Permatang Pauh dan mereka menyokong PKR. Aku tau lah sebab aku ni kerja kat Pusat Khidmat Kontarktor (PKK)

    Pasai kes Tsunami pulak kalau hang nak tau nelayan kat Kuala Muda nelayan buang bot mereka dan lubangkan bot sebab nak dapat bot baru. Lepas dapat bot baru dari Pak Lah depa terus jaul kat Cina.

    Hang ni bangsa apa ha anak h***m woi. Hang tau tak apa maksud DEB. Malas aku nak layan orang bodoh macam hang ni

  2. ABA1010 Says:

    Jika dahulu, apabila NGO atau perhimpunan BERSIH dianggap haram kerana tiada permit. Nampaknya sekarang sudah nampak terbalik, barulah dirasai mereka bagaimana menjadi ahli perhimpunan ‘haram’ yang tidak mendapat permit polis.

  3. malaysiahadari Says:

    Saudara Azlan,
    Saya tak benci UMNO tapi saya benci salahguna kuasa pemimpin yang dilantik. Tak kiralah siapa yang dapat, tapi jawapan saudara berkenaan pemberian kontrak dan Tsunami itu menguatkan hujah saya bahawa DEB tak berkesan dan disalah guna.

    Memandangkan saudara bekerja di Pusat Khidmat Kontraktor mungkin boleh kongsi maklumat dan fakta syarikat-syarikat dan orang-orang yang dapat kontrak tu.

    Memandangkan saudara anggap saya ni bodoh mungkin saudara dapat terangkan maksud DEB dan bagaimana ia telah membantu orang-orang Melayu semenjak ia diperkenalkan.

    Mungkin boleh ceritakan sekali siapa yang dapat projek Jambatan Kedua projek monorail, kontrak petronas, permit-permit pengangkutan awan dan teksi sekali.

    malaysiahadari

  4. bumilangit Says:

    DEB tu apa? hahaha, mungkin dia konfius dengan artikel 153 kot. atau pun dia memang tak tau apa-apa! haha

  5. Khoo GS Says:

    Saudara,

    Jangan terlalu beremosi sangat. Tak baik kita menggunakan bahasa yang kesat terhadap rakan se negara.

    Biarlah apapun, saya berpendapat yang kita harus memberi peluang kepada yg menang untuk menujukkan kebolehan mereka memerintah dan yang kalah untuk mempertimbangkan di mana mereka gagal.

    Kalau yg menang gagal berbakti kepada semua rakyat, kita gunakan hak kita sebagai pengundi dalam 4-5 tahun lagi.

    Kalau saudara Azlan, bukan kah saudara juga harus di beri peluang untuk menunjukkan kebolehan berbuat sesuatu? Itu yang paling efektif dan adil, bukan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: