Barisan Nasional Kepala Masam

Nampak gayanya media perdana lidah kerajaan, Utusan, Berita Harian termasuk TV3 dan yang sekutu dengannya masih tak mahu belajar dari kesilapan yang lalu. Atas sikap berat sebelah yang memihak kepada BN telah menyebabkan rakyat sudah tidak percaya akan berita-berita yang disampaikan. Artikel-artikel yang ditulis akhir-akhir ini semuanya berbaur provokasi, membakar semangat perkauman dan berbentuk amaran kepada rakyat.

Tidak dapat difahami kenapa mereka masih bertindak demikian. Adakah dengan berbuat begitu mereka merasakan rakyat akan kembali menyokong mereka? Masih tak sedarkah BN bahawa pada PRU12 rakyatlah yang telah memberi amaran kepada mereka?

Komen-komen dari pemimpin-pemimpin BN terutamanya UMNO seolah-olah mahu membalas dendam dan menindas parti-parti dalam Barisan Rakyat. Tidakkah mereka tahu tindakan mereka berbuat demikian sebenarnya ditujukan kepada rakyat Malaysia yang menumbangkan mereka? Pelik sungguh (kadang-kadang lucu) cara mereka mahu mengambil hati rakyat.

Sehari selepas kerajaan DAP Pulau Pinang mengatakan bahawa DEB tidak akan dilaksanakan, keesokkan harinya Utusan dimuka hadapan ‘TIADA LAGI DEB’. Malangnya mereka tidak pula memetik ucapan penuh Lim Guan Eng yang mereka akan menggantikan dengan polisi yang lebih baik, terbuka dan lebih adil untuk semua kaum. Apakah Utusan cuba untuk menakut-nakutkan dan membakar semangat perkauman Melayu? Nak 13 Mei berulang kembali? Tak bertanggungjawab langsung.

Pak Lah dalam satu wawancara dengan Bernama menyatakan kemenangan Barisan Rakyat ialah kerana mereka telah mengeksploitasi isu-isu semasa seperti kenaikan harga petrol, harga barang-barang, agama, Hindraf dan sebagainya. Oi Pak Lah, habis tu kalau mereka tak ‘highlight’kan isu-isu itu, siapa lagi? Tu lah Pak Lah tidur banyak sangat. Sampai tak tahu penderitaan rakyat kat bawah ni.

UMNO Pulau Pinang pula telah mengadakan sidang akhbar meminta supaya kerajaan pusat menarik balik semua kontrak dan projek-projek mega di Pulau Pinang. Tu dia. Apa punya kepala masam. Jangan buat macam tu, nanti marah Patrick Badawi, KJ dan SCOMI.

Bila dah kalah habis semua orang termasuk ayam dan itik di persalahkan. Tak mahu langsung cermin diri sendiri. Sekurang-kurangnya Gerakan dan DAP mengakui kesilapan mereka dan ingin berbuat sesuatu untuk memperbaiki parti mereka. MIC pun kata nak bersatu dengan PPP untuk menarik balik sokongan orang India (walau pun semua tahu itu cuma dialog filem Tamil). Tapi UMNO masih angkuh dan sombong. Dan sikap angkuh dan sombong itu lah yang akan membesarkan lagi jurang antara mereka dengan rakyat.

Ahli-ahli UMNO yang cuba menegur pucuk pimpinan tidak dihiraukan dan diketis ketepi dan di ugut buang dari parti. Teringat cerita dongeng Inggeris tentang budak yang menegur rajanya bahawa rajanya itu bukannya memakai baju hikmat tetapi terlanjang. Tapi rajanya tidak endah kerana semua menteri-menterinya mengatakan yang dia memakai baju hikmat.

Cikgu sekolah dulu ada memberi nasihat dengan mengatakan kalau kita menudung jari kepada orang lain, tiga jari lagi menudung kepada diri kita sendiri.

Sedarlah wahai sang kepala masam, rakyat kini sudah ada pilihan. Tapi dunia masih belum kiamat. Anda masih ada masa lagi jika berubah dari sekarang. Cerminlah diri dan lakukan perubahan kerana jika tidak tunggulah balasan yang lebih buruk dari rakyat kerana rakyat sudah tidak mudah lupa lagi.

2 Respons to “Barisan Nasional Kepala Masam”

  1. Affuan Says:

    haha, banyak pautan wei. hehe.

  2. Khoo GS Says:

    Wahai saudara,

    Saya sungguh bertuah kerana ada orang Melayu yang sewargenegara dengan saya yang berani menyatakan hasrat hati dan juga memberi pandangan yang sungguh memeberangsangkan.

    Sebelum 8hb Mac 2008, saya seperti tiada harapan lagi menunggu hari dimana semua kaum di Malaysia bersatu sebagai rakyat negara ini memberi tunjuk ajar kepada BN kerana bersikap angkuh dan sombong.
    Mereka juga enggan mendengar pandangan dan keluhan rakyat yang semakin hari semakin kuat.

    Tetapi, pada 9hb Mac, semua ini bertukar dan satu sinar harapan baru timbul bukan sahaja untuk saya malah untuk semua lapisan masyarakat negara ini.

    Saya juga kesal yang pihak kerajaan pemerintah masih tidak sedar dan kesal dengan sikap angkuh mereka. Mereka juga tidak mahu ambil tahu hal sebenar mengapa rakyat bertindak sedemikian rupa. Malah, ada diantara mereka yang masih menggunakan isu perkauman untuk menghasut setengah pihak.

    Saya sungguh-sungguh berharap yang ‘tsunami peralihan arah politik’ di negara kita ini berkekalan dan membawa kepada wujudnya satu rakyat dalam sebuah negara yang tidak akan membezakan kaum, tetapi dikenali sebagai rakyat Malaysia.

    Saya juga berharap, saudara dapat mengiatkan lagi usaha bagi meyakinkan semua kawan2 yang, kebanyakan kaum lain tiada niat buruk selain daripada mahu satu kehidupan yang aman, damai, bersatu dan peluang mencari makan. Biarlah, tiada ahli politik BN mahupun DAP, PKR atau PAS yang berani membangkitkan isu perkauman lagi di masa akan datang.

    Salam hormat dari saya.
    Khoo

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: