Tiada Tindakan Terhadap Mukhriz

Ketua pemuda UMNO sepakat untuk tidak mengambil tindakan terhadap kenyataan Mukhriz yang meminta Pak Lah untuk meletak jawatan. Walau bagimana pun beliau tidak pula diminta untuk menarik balik kenyataannya itu.

Adakah itu satu petanda akan berlaku satu kejutan tidak lama lagi oleh Pemuda UMNO? Suatu yang menarik untuk di ikuti.

Wahai pemuda UMNO, cubalah sesekali jadi Jebat, menentang yang zalim untuk rakyat dari asyik menjadi Tuah yang setia membabi buta. Setakat cabut keris siapa pun boleh.

Barisan Kabinet baru juga menunjukkan ramai orang-orang Najib telah dicantas. Ada juga desas-desus yang mengatakan sewaktu Mesyuarat Tertinggi UMNO selepas PRU12 Rafidah Aziz dengan lantang membantah (hingga tepuk-tepuk meja) hasrat Pak Lah untuk melantik Khairy menjadi menteri. Mungkin itu sebabnya nama beliau tidak ‘lekat’ kali ini.

p/s : Why Muhamad Taib? Why? Kenapa si dinasor ni ada lagi? Kata semua yang dilantik dah lalui saringan BPR? Ada bocor ka tak mana-mana? Jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar pulak tu. Habihlah lepas ni duit PPRT semua dia kebas……… Patut lah dari malam pengumuman pilihanraya asyik dok nampak muka si dinasor ni kat sebelah Pak Lah ja. Tak faham aku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: