UMNO – Cakap Tak Serupa Bikin

terengganu_mizan Pelik bagai mana UMNO di Perak telah mengadakan demonstrasi membantah kenyataan Lim Kit Siang untuk memboikot sidang perlantikan Menteri Besar Perak. Merekalah yang ‘konon’nya pelindung dan penyokong institusi Kesultanan Melayu. Tapi di Terengganu lain pula jadinya. UMNO pula yang kini menentang kehendak Istana. Kenapa ya?

Boleh pilih-pilih ka? Sekejap suka sekejap tak suka. Macam main-main pula.

Mungkin pengajaran yang nak di tunjukkan di sini ialah orang bukan Melayu tak boleh derhaka kepada Sultan tapi orang Melayu (baca UMNO) boleh? Tapi kenapa isu yang sama seperti di Perlis UMNO backoff?

Nak tau kenapa? Sebenarnya ini bukan isu menderhaka atau tidak. Ini kerana di Perak kini diperintah oleh Barisan Rakyat dan isu yang dibangkitkan adalah berkenaan parti berbangsa Cina iaitu DAP. Bukan sebab nak jadi pelindung Institusi Raja pun.

Di Perlis UMNO backoff sebab sememangnya Shahidan Kasim tidak disukai oleh Pak Lah. Nama Shahidan pun sememangnya tiada dalam senarai awal calon PRU12. Lagi pun Perlis ni kecil dan miskin pulak tu. Berbeza di Terengganu ada minyak dan ada duit royalti RM1 billion. Inilah yang UMNO bermati-matian memperjuangkan calon mereka. Derhaka atau tidak boleh letak tepi dulu.

Terengganu adalah negeri yang kedua terkaya selepas Selangor tetapi rakyatnya adalah yang kedua termiskin selepas Perlis.

Nampak Institusi Raja-Raja telah mula sedar tanggungjawab utama mereka adalah kepada rakyat. Harap semua raja-raja rujuk balik Sejarah Melayu yang menceritakan perjanjian/deklarasi antara Demang Lebar Daun dan Sang Nila Utama.

Selagi perjanjian tersebut dipertahankan selagi itu orang Melayu akan mempertahankan kesetiaan kepada raja.

Daulat Tuanku.

p/s : Lepas ni nak tengok semua calon DUN BN Terengganu nak letak jawatan beramai-ramai jika Idris Jusoh tak jadi Menteri Besar. Lepas tu kita sambut kemasukan Terengganu ke dalam Barisan Rakyat.

2 Respons to “UMNO – Cakap Tak Serupa Bikin”

  1. Bakar bin suut Says:

    Memang sekarang UMNO telah berlainan konsepnya. Konsepnya sekarang ialah penuhi poket dengan wang haram. Institusi di Raja bolih pejam mata sebelah. Patutlah pun UMNO kalah teruk. Cakap aje nak berjuang untuk orang Melayu tapi habuk pun tak ada. Rakyat miskin terus dilanda kemiskinan….yang kaya merekalah yang memegang tampuk kuasa.

    Entahlah… kadang2 Agama islam sebagai topeng belaka. Insaf lah wahai manusia yang gilakan kuasa….kuasa yang ada didunia tak kemana2 yang kekal hanyalah diakhirat kelak.

  2. Jasa Says:

    Sebelum ini, UMNO mentokpekkongkan raja dan sultan…know baru tahu!…
    Sapa sebenarnya melayu dan apa fungsinya Raja-raja…. bukan nya Raja Gopal atau Raja Rani… yang you boleh beli…. dan you boleh buli … tetapi yang you kena sembah ke bawah duli… Daulat Tuanku…

    (mentokpekkong = menjadikan raja dan sultan sebagai berhala untuk penyembahan sahaja dan tidak berkuasa apa-apa).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: