Archive for April 2008

Ex-Gerakan Sertai Kerajaan DAP

Isnin, 21 April, 2008

leekahchoon1 Bekas Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon yang tiga minggu lalu melepaskan semua jawatan dalam parti Gerakan hari ini telah dilantik sebagai Pengarah Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang (PDC) dan Pengurusi Jawatankuasa InvestPenang.

Berita ini telah mendapat reaksi yang pelbagai dari pemimpin-pemimpin politik dan orang awam. Tidak kurang juga berbagai teori. Salah satu yang menarik ialah kemungkinan ini adalah satu permulaan penyatuan, satu testing penyatuan antara Gerakan dan DAP.

Semenjak kekalahan teruk Gerakan dalam PRU12 telah bergema desas desus dan suara-suara meminta Gerakan mengkaji semula hubungannya dengan Barisan Nasional dan kemungkinan untuk Gerakan keluar dari BN. Adakah ini awal mula strategi Gerakan menunjukkan tanda-tanda akan kebenaran ini? Suatu yang menarik untuk di ikuti.

Advertisements

UMNO Idol – Royal Rumbble for UMNO Youth Head

Rabu, 16 April, 2008

Taken from http://mob1900.blogspot.com/

gunning01

gunning02

gunning03

Who The Hell Is Sufiah Yusof?

Khamis, 10 April, 2008

Pada tahun 1997 gah satu Malaysia kononnya seorang anak berdarah Melayu berusia 13 tahun yang bernama Sufiah Yusof telah berjaya memasuki Oxford University sebagai pelajar termuda dalam sejarah universiti itu.

sufiahyusof Malaysia pun meraikan pencapaian itu dan dengan murah hatinya memberikan biasiswa. Bukan pinjaman semacam PTPTR yang perlu dibayar oleh pelajar-pelajar lain di Malaysia, tetapi biasiswa untuk perbelanjaannya semasa di universiti tersebut.

Tetapi tahukah anda hubungan Sufiah dengan kita hanya sekadar ibunya berdarah Melayu (dari Johor kalau tak silap) tetapi sudah menjadi permanent resident di UK. Beliau tak boleh berbahasa Melayu dan tak pernah sekali pun pulang ke Malaysia. Jadi saya tak faham apakah kriteria yang dijadikan kayu pengukur untuk diberikan biasiswa. Bukankah lebih baik wang tersebut digunakan untuk untuk membantu anak-anak Malaysia yang lebih memerlukan. Apa pun itu dah lepas.

Kini gah sekali lagi tapi kali ini ceritanya dah terbalik. Anak Melayu yang bernama Sufiah ni kini sudah menjadi seorang pelacur ‘high class’ yang mendapat bayaran 130 paun untuk sekali langganan. Dan cerita ini telah menjadi tajuk utama di Malaysia sekali lagi. Apa dah jadi?

(more…)