Damai Abadi Versi Terkini

Aku cari mana dia si Khairi

Rupanya dia bersembunyi

Aku cari mana dia tauke Skomi

Dia juga menghilangkan diri

Aku cari mana pergi isteri

Dia keluar tak bagitau suami

Lalu aku tinggal seorang diri

Aku bongkar setbot dan almari

Aku cari kitab-kitab al Ghazali

Aku tak tahu guna teknologi IT

Aku nak tahu cara bersuci

Badan aku penuh kotor dan daki

Cuci jiwa, otak dan satu body

Dari ujung rambut hingga ujung jari

Entah berapa banyak dosa hamba mu ini

Rakyat ditipu amanah dikhianati

Aku konfiuskan mereka dengan Islam Hadari

Bila aku menang besar majoriti

Aku sudah dirasuk syaitan yang dilaknati

Aku jadi bongkak takbur dan bangga diri

Aku beli jet mewah peribadi

Untuk aku guna jalan-jalan oversea

SiNanda bagi bot mewah di Turki

Aku terima tanpa rasa guilty

PRU 12 adalah kehendak Allah

Tak pernah 5 negeri boleh kalah

Kelate Selangor Penang Perak Kedah

Aku hampir tersungkur rebah

Dunia ku gelap walaupun luar cerah

Semua orang kata aku yang salah

Sebab bila menang aku menyerlah

Kemudian datang lain masalah

Istana tolak aku punya watikah

Buat pertama kali dalam sejarah

Che Det hentam tak sudah-sudah

Lepas tu kacau datang dari Sabah

Depa nampak minat kat Wan Azizah

Oh hidup ku semakin rafhlah

Oh aku jadi semakin serba-salah

Orang diluar semakin marah

Depa tak faham ka aku baru menikah

Bagi lah aku satu penggal sudahlah

by Keris Silau

3 Respons to “Damai Abadi Versi Terkini”

  1. alberangque Says:

    Hebatlah ante punya sajak. Baik hantar ke harakahdaily atau siasahdaily. Nasib baik kalau Pakatan Rakyat (PR) Memerintah depa akan beri ante hadiah sastrawan PR. Kira OK lah tu. Aku minat benor sajak ante ni.

  2. malaysiahadari Says:

    Sajak ini bukan ana yang tulis tapi di tulis oleh Keris Silau (namanya diletakkan di barisan akhir sajak tersebut) Harap maklum.

  3. mzmn Says:

    Memang best la puisi ni…macam seloka pun ada,gurindam pun ya. Kalau buat lagu kan menarik,boleh masuk senarai carta lagu2 hits. Tapi bila menghayati bait-bait ayatnya rasa kesian pun ada…entah la.Bak kata Raja Lawak musim kedua;’Lu pikir la sendiri !’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: