Ahli Umno Sabotaj PRU12

Setelah hampir sebulan PRU ke 12 di laksanakan dan memperlihatkan kejatuhan sokongan terhadap BN, UMNO masih lagi tercari-cari punca kegagalan mereka.

Sementara parti-parti komponen BN seperti MCA, Gerakan dan lain-lain mengakui kesilapan mereka dan ‘move on’ dengan strategi merawat luka parti masing-masing, UMNO masih lagi mencari kambing hitam untuk disembelih bagi membolehkan pimpinan mereka mencuci ‘dosa’.

Terbaru Pak Lah menuduh punca kekalahan BN ialah kerana terdapat unsur-unsur sabotaj oleh ahli-ahli UMNO sendiri. Namun beliau enggan menjelaskan kenapa mereka berbuat demikian walau pun ditanya oleh wartawan. Menurut beliau lagi satu siasatan akan dijalankan oleh jawatankuasa disiplin parti dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat.

Pak Lah pula kini menukar nada dengan mula menyerang Tun Mahathir dan Ku Li yang selama ini banyak menghentam kepimpinan beliau dan dengan secara terbuka meminta beliau meletak jawatan. Mungkin ini satu strategi bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar yang melanda UMNO dan kepimpinan beliau yang semakin hari semakin ditolak oleh ahli partinya sendiri.

Bagi Najib pula seperti biasa mengambil jalan selamat untuk tidak berkata apa-apa yang boleh menjejaskan kedudukannya dalam parti. Mungkin sikap ini telah menyebabkan Tun Mahatir mula sedar dan menarik balik sokongan beliau untuk melihat Najib menjadi pengganti Pak Lah sebagai presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Nampaknya Pak Lah sudah mula desperate kerana hari demi hari semakin banyak penentangan dan kritikan-kritikan secara terbuka dilakukan oleh ahli-ahli UMNO sendiri. Tetapi agak malang kebanyakan kritikan-kritikan hanya kedengaran dari ahli-ahli biasa dan pimpinan bawahan sahaja, sementara pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO hanya mendiamkan diri. Kalau ada pun cuma dari pemimpin-pemimpin yang telah hilang kuasa dan menunggu masa untuk rebah.

Satu Respons to “Ahli Umno Sabotaj PRU12”

  1. mzmn Says:

    Ibarat Harimau sakit yang terkurung di sangkar peliharaan,apa yang mampu dilakukan oleh Pak Lah sekarang sekadar mengacah sesiapa sahaja yang mendekat dengan ‘ngauman’.Apa yang diharapnya supaya orang menilainya masih ‘kuat’ meskipun kukunya telah patah,taringnya kian goyang dan misainya telah mulai gugur. Ahli UMNO sabotaj parti sudah tentu ada sebabnya,ahli UMNO memberikan undi kepada pembangkang pun mesti ada sebabnya,ataupun mungkin ada kalangan pemimpin UMNO sendiri yang beralih sokongan kepada parti lawan juga sudah semestinya mempunyai sebab yang tersendiri…kenapa Pak Lah cuma tahu menunding jari terhadap ahli parti, pemimpin bawahan atau unsur lain yang menjadi penyebab kekalahan BN tanpa sedikitpun me’muhasabah’kan diri sama ada pendekatan kepimpinannya boleh diterima oleh semua rakyat atau cuba membetulkan kepincangan diri ? Salahkah kalau Tun menegur atau Tengku Razaleigh memberikan pendapatnya sebagai orang lama ?
    Renung-renungkanlah…!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: