Oh My Babi

Utusan Malaysia ibarat menepuk air di talam terpercik muka sendiri hari ni apa bila memainkan isu kelulusan Kerajaan Negeri Selangor kononnya telah meluluskan projek penternakan babi yang bernilai RM100j di Sepang.

Tapi yang peliknya projek ini sebenarnya telah diluluskan oleh kerajaan BN sendiri pada 30hb Januari 2008.

Sila bandingkan petikan dari Utusan Malaysia dan Malaysiakini.

Selangor Lulus Projek Ternak Babi RM100j

UTUSAN MALAYSIA – Dalam Negeri mukasurat 15

Oleh : ZABRY MOHAMAD
7 April 2008 (Isnin)

SHAH ALAM 6 April – Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas Selangor meluluskan projek mendirikan ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangpr, Teresa Kok (gambar) ketika dihubungi mengesahkannya dan memberitahu, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco yang berlangsung Rabu lalu.

Beliau juga Setiausaha Nasional Wanita DAP bagaimanapun enggan mengulas bila projek tersebut akan dimulakan.

“Ladang ini akan didirikan di Sepang. Saya tidak boleh beritahu lebih lanjut mengenai projek ini kerana ia di bawah tanggungjawab Ahli Exco berkaitan”, katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Teresa dalam laman blognya, http://teresakok.com berkata, Selangor berhasrat untuk menjadi contoh terbaik kepada kerajaan negeri lain dalam mengusahakan penternakan ladang babi secara moden.

“Saya amat berbangga dengan keputusan kerajaan negeri meluluskan projek ini.

Saya akan memaklumkan kepada semua Exvo dalam mesyuarat itu bahawa biarlah ladang penternakan babi di Selangor menjadi contoh kepada negeri-negeri lain,” katanya yang memegang portfolio Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan.

Beliau memberitahu, setiap perkara berkaitan dengan ternakan babi atau daging babi seharusnya tidak dijadikan isu sensitif.

Tersa memberikan contoh di mana beliah pernah melihat babi-babi berkeliaran di perkampungan orang Melayu di Tumpat, Kelantan sewaktu melawat negeri itu beberapa tahun lalu.

“Saya betul-betul tidak faham kenapa segelintir orang amat sensitif jika menyentuh perkara berkaitan babi atau daging babi.

Saya sering memberitahu Ahli-ahli Parlimen Barisan National (BN) di Dewan Rakyat bahawa babi juga adalah ciptaan Tuhan,” katanya dalam laman blog berkenaan.

Dari Malaysiakini :

MB: Ternak babi bersih, selamat

Apr 8, 08 6:39pm

Projek moden penternakan babi di Selangor dijalankan secara bersih, selamat dan memenuhi piawaian kualiti alam sekitar, kata menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

“Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak,” katanya, mengulas kebimbangan orang ramai berhubung projek berjumlah RM100 juta di Kuala Langat.

“Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut.” Menurutnya lagi, projek tersebut telah diluluskan oleh pentadbiran BN bawah kepemimpin Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pada 30 Januari, kira-kira sebulan sebelum pilihanraya umum lalu.

Kerajaan baru Selangor bawah Pakatan Rakyat, kata Abdul Khalid lagi dalam satu kenyataan, meneruskan projek memandangkan kawasan Ladang Tumbuk telah menjadi tapak ladang utama penternakan babi utama di negeri.

“Ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan kerajaan negeri Selangor,” tambahnya.
Apabila wujud projek ini, kata Abdul Khalid lagi, tiada ladang-ladang baru khinzir akan diluluskan di Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini diarahkan memindahkan operasi mereka ke projek tersebut.

Kajian terperinci
“(Langkah) ini sejajar dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar sebarang usaha penternakan babi dilakukan di satu tempat untuk memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa. “Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan dasar ‘one stop’ yang sama bagi penternakan (haiwan) yang lain bagi menjadikan industri penternakan lebih cekap dan dapat diteruskan di sebalik kemajuan pesat Selangor,” katanya.

Dr Mohd Khir hari ini dilaporkan mengingatkan kerajaan negeri agar membuat kajian terperinci termasuk mengehadkan ternakan babi mengikut keperluan supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada rakyat. Katanya, kerajaan BN bawah pimpinannya pernah membincangkan projek itu dengan syarikat swasta tempatan tetapi pihaknya menetapkan projek berkenaan tidak akan melibatkan peruntukan kerajaan negeri.

Beliau, tambah laporan Utusan Malaysia lagi, turut menggariskan panduan agar pengeluaran ternakan hanya untuk keperluan penduduk Selangor sahaja iaitu sekitar 250,000 ekor. Akhbar yang sama melaporkan penduduk Selangor terkejut dan membantah projek tersebut, selain beberapa persatuan pengguna menggesa ia dibatalkan.

Seorang ahli parlimen BN, Datuk Ir Mohamed Zin Mohamed, mendakwa kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS “tidak sensitif kepentingan Melayu.”
Abdul Khalid menjawab, melalui kelulusan projek itu, Selangor berhasrat menyelesaikan masalah perniagaan, sosial dan budaya masyarakat pelbagai kaum dengan mengambil kira keharmonian hidup pelbagai kaum.

27 Respons to “Oh My Babi”

  1. xtheman Says:

    I wonder why utusan likes very much to publish something that could be pushing non-muslim to stay away forever from BN/Umno. I really see no valid reason why they are making this a big Ho-Ha on this. Pls publish something positive that can help Umno rather than all negative and narrow minded news🙂

    Utusan is playing racist sentiment here. Utusan should be Ban and the editor should put in ISA. PM pls Ban utusan if you really a fair leader ….. but i know PM is weak and will not doing anything.

  2. rentaka Says:

    aku bkn penyokong PKR, PAS OATAU DAP..tapi aku agak setuju dgn cadangan penternakan babi secara moden dan sistematik…lebih bersih…gunakan tanpa was-was…

  3. globalmalau Says:

    Perjelaskan kepada manusia mengapa orang islam tidak membantu menternak binatang ini…

  4. globalmalau Says:

    Itulah kelemahan Utusan malaysia…Tiada ilham lansung nak mengembangkan berita…siapkah disebalik surat kabar itu…sungguh jahat orang itu

  5. Affuan Says:

    kesian babi. haha.

  6. Pening Says:

    Apa la yg susah sgt. Dah pernah sampai ke kawasan tu blom? Terletak dlm perjalanan dari Banting ke Bagan Lalang guna jln persisir pantai. Dah berpuluh tahun dah…teruk! Bersepah-sepah, air parit hitam pekat, bau busuk dan bermacam lagi. Tak boleh settlekan. Sekarang Kerajaan Negeri baru ada idea dan kaedah. Buat je la. Kat negara maju bela babi tak la bersepah mcm kat Malaysia. Terurus dan bersih. Lagipun yang nak bela dan makan bukan orang Islam. Kita nak persekitaran kita bersih kan?

  7. Pening Says:

    Wakil rakyat dulu ada problem ke pasal hal ni? Nak buat duit dari projek ni takut kena hentam, sumber haram hehehe. Tu lulus je tu tapi pening mcm mana nak buat duit. Tapi la ni kerajaan baru betul-betul nak settlekan secara ikhlas awak ngan media-media sekutu dengannya kecoh besar-besaran. Buat la sesuatu tu secara teratur. Kita sekarang nak penambah baikan dalam sistem. Bukan fikir mcm mana nak buat duit je wahai ahli politik BN. Masa BN memerintah dulu kenapa tak buat benda-benda yang terurus dan canggih ni? Tak la hitam pekat air parit kat kawasan tu. Tak la jijik aku nak mandi kat Pantai Bagan Lalang lagi!

  8. mirhans safni Says:

    binatang ni paling famous di malaysia selepas ayam, selalu masuk tv dan newspaper..

  9. kipp Says:

    Dah la busuk, dicemuh dan dihina pulak tu.. memang babi sungguh!

  10. mart Says:

    adakah pihak anda yakin bahawa kerajaan yang memerintah sekarang ini meluluskan pojek penternakan ‘babi’ di sepang?Atau krajaan yang sebelum ini memerintah yang meluluskan projek tersebut??

  11. rm1juta Says:

    Walau siapa pun yang luluskan.Kenapa perlu dilaksanakan???Terimalah akibatnya nanti.

  12. malaysiahadari Says:

    Kipp : Allah cuma mengharamkan babi keatas umat islam tapi allah tak pernah menyuruh kita menghina makhluk kejadiannya. Fikir-fikirkan lah.

    rm1juta : Tak faham. Akibat apa yang saudara maksudkan?

    Isu yang hendak saya ketengahkan ialah putar belit Utusan yang mengatakan projek ini diluluskan oleh kerajaan negeri sekarang sedangkan sebenarnya oleh kerajaan negeri dahulu, bukan berkenaan dengan babi.

    malaysiahadari

  13. karim Says:

    Kalau buat projek ternak kambing atau lembu lagi baik.Banyak sangat ke pengemar daging babi kat malaysia ni?

  14. Bob K Says:

    Hmm .. andaikata cuma 50% daripada masyarakat bukan Melayu (kerana juga ada diantara mereka yang beragama Islam ataupun vegetarian) yang memakan daging babi, jumlahnya pun telah mencecah 6.5 juta insan.

    Ini tidak mengambil kira bahawa fokus utama isu ini adalah tentang pengawalan pencemaran alam sekitar. Yang Utusan & BH nak jadi batu api melagakan rakyat Malaysia ni apa hal?

  15. Azmi Mohd. Arshad Says:

    Zaman UmNO dulu org panggil Khinzir, nak bagi sedap sikit kot..
    laa ni.. kalau dah babi tu… babi lah nama nye.. bodoh betul puak2 umNo ni…

  16. mafizah Says:

    pindahkan projek babi kat ijok….jgn bebankan orang situ dengan masalah babi lagi…orang kampung situ pun nak hidup selesa TANPA babi….

  17. nor Says:

    apa awak nih pernah ke pergi ke kawasan penternakan babi di situ? awak tau tak sape yg dok kat kawasan tuh? melayukah? atau bangsa lain kah? awak pernah cuba tido di perkampungan mereka yg berdekatan dengan ladang babi tu tak? kalau tak pernah, cuba-cubalah. alaa paling mudah, awak cari loji kumbahan paling dekat dengan kawasan awak, awak cuba la tdo situ satu malam. awak agak2 amankah hidup hidung awak?

    cuba awak tanya pada bangsa bukan melayu, mahukah mereka tinggal berdekatan dengan kawasan penternakan babi? awak agak2 apa jawapan mereka? sedangkan duduk dekat ngan loji kumbahan dan kawasan pembuangan sampah pun dah heboh satu malaya siap panggil karam singh, ini pulak nak duduk dekat2 ladang babi.

    apa? awak ckp pasal sensitiviti bangsa lain? sensitiviti bangsa melayu nih macam mana nak jawap pula? ingatlah balik, bangsa mana yg tinggal di kawasan itu.

    bukannya kita mahu menghina ciptaan tuhan, tapi binatang itu sah-sah membawa pelbagai masalah dari kebaikan. kenapa tak cadangkan saja pengimportan daging babi dari luar negara. kan lebih mudah, pencemaran tak dak, mereka pun boleh makan babi. kita tak pernah nak larang mereka makan babi, tapi tak perlulah utk mengorbankan kehidupan bahagia bangsa yg sememangnya tidak makan daging babi tu.

    kalau benarlah orang dulu yang luluskan projek, kenapa orang sekarang nih yg beria2 benar nak kasik gerak projek. sedangkan, dulu kisah babi melaka bukan main bising dibuatnya orang-orang yang baru menang nih. aduhai, sedang perjanjian dengan pihak syabas yg dah lulus lama benar boleh di tarik balik, kenapa projek satu ini langsung tak boleh dikaji kembali?

    akhir kata dari nor, babi moden 100 juta itu lebih membawa keburukan dari kebaikan.

    wsalam

    sedang perjanjian dengan pihak syabas yg dah lulus lama benar boleh di tarik balik, kenapa projek satu ini langsung tak boleh dikaji kembali?

    Pembetulan : perjanjian adalah antara Selangor dengan Puncak Niaga Holdings Sdn Bhd. Dan ia tidak pernah di tarik balik kerana kuasa di bawah National Water Services Commission (SPAN). Selangor tiada kuasa unutk membatal perjanjian tersebut kecuali dengan persetujuan SPAN
    -malaysiahadari-

  18. windOfChange Says:

    DEAR PR LEADERS,
    PLZ REVISE WHAT YOU HAVE BEEN PROMISED IN YOUR MANIFESTOS.
    PLZ TELL ME ANYTHING ABOUT RM100 MILLION SMART PIG FARMING WHETHER IT’S STATED IN YOUR MANIFESTO.. PLZ BE HONEST TO THE PEOPLES.
    AS A LOYAL PAS MEMBER AND VOTER,I DO NOT AGREE WITH THE PROPOSAL.WHATEVER BN PROJECTS SHOULD BE REVISED AND NOT TO BE SECONDED AND INVOLVED MORE AND MORE MILLION RINGGITS. YOU ARE PROTOTYPING THE PREVIOUS GOVERNMENT. DO NOT THINK THAT MAJORITY OF PR VOTERS ARE CHINESE. ALWAYS BE REMINDED THAT PR IS MADE OF PAS,DAP AND PKR. BE MORE SENSITIVE TOWARDS PEOPLES NOT THE CHINESE! ALLAHUAKBAR!

    Do you know that the RM100 is funded by United Nation and not from government pocket? Do you know that Islam never apposed anything that can bring benefit to its ummah even if it comes from non-muslim culture or origin? I am for one am ashame that PAS still have member like you who still think they can rule Malaysia without the non-muslim support. Rasullullah can never conquer Mekah without the help from the Jews and non-muslim from Madinah.
    –malaysiahadari–

  19. editor Says:

    Kita ni baik sangatlah … nak bertoleransi dengan peternak babi tu.

    Tengoklah Singapura, konsumer babi terhebat, tapi kerajaannya mengharamkan ternakan babi. Mereka tak nak bau busuk tu …

    Biarlah mereka makan saja .. yang bau busuk tu perlu ditanggung orang Islam di Paya Mengkuang di Melaka dan lain-lain tempat di Malaysia.

    Bak kata mufti Melaka ketika berceramah di surau kami tahun lalu … orang Islam di Melaka (di tempat ternakan babi) sudah 50 tahun menderita. Malah mereka ternak ayam telur pun campur dengan ternakan babi. Kalau nak beli telur kena selidik dulu dari mana asalnya.

    Saya candangkan supaya ladang babi dipindahkan ke Pulau Ketam atau di kediaman yang ramai orang yang suka memakannya.

    Isu babi ini tak perlu dipolitikkan. Ini bukan isu perkauman atau agama tetapi lebih kepada isu alam sekitar. Pencemaran!

    Takkan orang lain yang sedap makan … orang Islam tanggung bau busuknya.

  20. Bab1Nasional Says:

    kalo tukar ladang babi tuh jadi ladang ayam atau kambing, isunya still sama gak.. Levi pekerja asing naik pun BN yang susah, macamlah Mak Bapak diorang tuh pekerja asing.. Ladang tuh kt kawasan hulu, awal-awal mmg susah nk sesuaikan diri. Lama-lama biasa lah tuh..

  21. denns Says:

    dah memang tempat babi…ape nak heran..khir toyo pun xwat paper psal tempat babi tu..biler tukar govt di selangor muler

  22. akumelayu Says:

    Assallamualaikum semua. nampaknya anda semua ni orang melayu. Islam tak ? isu babi ni kita kena sensitif. tak kisahlah siapa yang memerintah. sejak dari BN dulu aku tak setuju babi dibiarkan berlambak di selangor atau di mana-mana negeri di malaysia. Aku rasa kerajaan selangor yang baru ni hanya meneruskan kesinambungan kerajaan terdahulu. sama tak sensitif. bezanya dulu dituduh ada syer. skrg ni pulak nak beli jiwa pemakan babi. Boleh pasti ke jika projek ni berjaya, musyrikin ni tak mintak lagi kawasan lain ? nanti jadi macam belanda dapat tanah pulak. Kepada kawan-kawan yang tak sokong projek ni, tahniahla sebab ada prinsip. bagi aku bukan aje tak sokong projek ni malah kalau boleh ditiadakan langsung penternakannya di malaysia. bacalah sikit kawan-kawan. Masyarakat cina bkt pelanduk N9 pun tak bela babi lagi. mereka dah tukar tanam dragon fruit la pulak. pendapatan bulanan rm 4 – 5 ribu. kan senang mcm tu. semua orang boleh makan macam limau tambun di ipoh.

  23. LuPikirLaSendiri Says:

    aku macam konfius pulak dengan kes babi ni… kalau dah ladang babi seratus juta ni buat pening kepala… napa tak batalkan jer.. or reducekan bajet dia dari 100 juta pada 5 milion ke…

    kan ke kerajaan negeri ada kuasa… ape daa kecoh2.. kalu MB khalid pening dengan projek babi yg diluluskan oleh si MB Khir…
    MB khalid cancel jer la projek tu.. kan ke MB ada kuasa cadangkan benda tu… ape laaaa susah susah…

  24. malaysiahadari Says:

    Dalam kita meluat dan menyumpah dengan media-media yang dikontrol oleh BN, secara tak sedar kita masih lagi termakan dengan tipu helah mereka. Memang menjadi dogma masyarakat Islam dimerata dunia, tidak ketinggalan orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia ni. Bila sebut atau menyentuh tentang Islam, semuanya cepat melatah.

    Tak tahu kenapa dengan orang Melayu dengan babi ni. Cukup pantang. Tapi dengan benda-benda lain seperti rasuah, sex bebas, dadah, rogol, sumbang mahram, minum arak, tak sembahyang, tak bayar zakat, tak tutup aurat yang tak kurang juga besar hukumnya malah mungkin lebih besar dosanya tidak dikeji seperti kita mengeji babi.

    Setahu saya, dalam Quran cuma diharam kan kita makan dan menyentuh babi serta lain-lain bahan/benda yang mengandungi bahan dari babi. Itu saja. Tiada pula saya terbaca dimana-mana waktu zaman Rasullullah, tidak dibenarkan orang Yahudi dan bangsa kafir yang lain membela atau makan babi. (Apa? Ingat kat di Tanah Arab tak ada babi ka?)

    Kita sedia maklum, masalah babi telah menjadi isu kerana ia telah menyebabkan pencemaran yang teruk kepada alam sekitar. Najis di salurkan ke sungai-sungai sesuka hati. Apa tah lagi bau busuk. Ini adalah kerana kurangnya pemantauan dan kaedah penternakan yang tidak terurus.

    Jadi bukankah projek penternakan babi moden yang diperkenalkan ini (tak kiralah idea BN atau pembangkang) akan dapat menyelesaikan semua masalah ini. Penternakan secara moden ini telah pun terbukti berjaya di German dan lain-lain negara maju. Babi-babi di ternak dalam kawasan yang tertutup jadi mengelakkan masalah bau. Najis-najis babi di salirkan ke satu loji tadahan yang tertutup yang kemudiannya akan diproses menjadi gas bahan pembakar, jadi tiada lagi pencemaran di sungai dan kolam-kolam. Begitu juga dengan pusat-pusat penyembelihan babi.

    Selepas ini sekiranya projek ini berhasil mungkin ia akan dilaksanakan keseluruh negara dan penternakan babi secara konventional seperti yang ada pada hari ini tidak lagi dibenarkan. Bukankah itu menyelesaikan semua masalah yang ada sekarang?

    Akhir sekali kepada rakan-rakan semua, janganlah hanya kerana kita mempunyai pendapat yang berbeza kita mempertikaikan keislaman orang lain. Belum tentu kita betul.

    Kepada #akumelayu : saudara tahu tak dalam ladang limau Tambun Ipoh itu mereka juga menternak babi dan najis babi itu digunakan sebagai baja untuk pokok-pokok limau tu. Saya dah lihat dengan mata kepala saya sendiri. Kalau tak percaya next time saudara lalu di highway PLUS dekat Tambun tolong buka tingkap kereta. Akan terasalah bau-bau harum menusuk ke rongga hidung saudara.

    malaysiahadari

  25. makjun Says:

    kes berkenaan dengan babi ni sebenarnya dah lama diperkatakan tapi rakyat hanya pandang sebelah mata, yang pandang celik kedua-dua belah mata hanya penduduk di kawasan yang terlibat kerana mereka sendiri yang merasai betapa peritnya hidup dalam keadaan yang berbau busuk dan jijik dan kebanyakkan yang menjadi mangsa..adalah orang melayu yang menganut agama islam.

    tetapi adakah dahulu kes babi ini terkenal seperti sekarang?? memang ada, akhbar tv ada menyiarkan berita mengenai babi ni, akan tetapi kes ni hanya mampu bertahan selama 1 minggu atau 2 minggu sahaja kira macam carta music di radio hanya mampu peroleh juara selama 2 kali..kita semua dah biasa dengan semua ini..

    jadi kepada mana-mana pihak yang terlibat dengan kes babi ni, harap bersabar kerana kes ini sudah menjadi kes yang besar apabila ada campur tangan orang politik yang sudah kita sedia tahu kerana politik dan inginkan kuasa manusia sanggup lakukan apa saja.

    harapan untuk semua kita tunggu sampai bila kes babi ini akan berlarutan dan adakah kes ini akan selesai sehingga melibatkan kematian atau huru hara ataupun kedamaian..yang penting mesti diingat bahawa negara kita adalah sebuah negara demokrasi berparlimen dan setiap suara rakyat berhak diambil kira dalam menyelesaikan masalah…

    bercerita tentang limau bali tambun di ipoh tu malaysiahadhari memang betul.. tapi limau itulah yang di pasarkan ke seluruh negara dan mungkin anda semua pernah makan buah limau bali dari tambun..sememangnya sedap dan manis.. buah itu adalah halal dimakan kan… hanya baja najis babi yang digunakan..buah itu tetap halal dimakan..jadi pada pemimpin yang terlibat menyelesaikan masalah ini fikirkan lah, projek menstruktur semula projek ternakan babi sememangnya adalah yang terbaik.

  26. Khoo Ghim Seong Says:

    Saudara semua,

    Saya berbangsa Cina, warganegara Malaysia.

    Saya faham ada diantara saudara yg menyokong dan ada yg membantah projek ini. Utk pengetahuan saudara semua, bukan semua orang Cina suka memakan daging babi dan generasi orang Cina sekarang sudah mengurangkan pemakanan daging babi samada dari segi kesihatan ataupun utk sebab2 tertentu.

    Sebagaimana yg telah di perkatakan, penduduk di kawasan ternakan babi di sekitar mana-mana pun terdiri dari pelbagai bangsa dan saya juga faham penderitaan yg di hadapi oleh golongan orang Islam yg tinggal berdekatan dengan ladang2 ini. Samalah keadaannya, kalau kita tinggal dekat dengan loji kumbahan Indah Water yg tidak berfungsi lagi.

    Tetapi, biarlah saya merayu pada semua supaya berfikiran terbuka. Projek yg di sebut2 ini kemungkinan besar akan membawa menfaat kepada semua sekiranya;

    1. Kadar pencemaran dapat di kurangkan dengan drastik sekali,
    2. Bahan buangan dari penternakan tersebut dapat di gunakan
    utk penghasilan kuasa elektrik yg boleh diguna oleh rakyat,
    bayangkanlah penjimatannya. Ia sudahpun di laksanakan di negara2
    maju seperti Britain, German. Di tayangkan di Astro.
    3. Bau busuk boleh di kurangkan,
    4. Penternakan di lakukan dalam keadaan dan kawasan terkawal dan
    mungkin dapat dikawal rebaknya penyakit2 berkaitan,

    Jika di bandingkan dengan keadaan sekarang, dimana semua tidak terurus?

    Berilah sedikit masa utk yg ingin melaksanakan projek ini bagi mendalami kaedah2 dan hal-hal teknikal berkenaan penternakan yg moden ini bagi menyelesaikan masalah2 yg wujud sebelum ini.

    Lagipun, kita belum memberi peluang kepada yg berkenaan utk menerangkan rancangan mereka kpd rakyat. Kita pun kekadang mahu orang lain memberi peluang kepada kita utk mengemukakan cadangan atau pendapat, bukankah begitu?

  27. ehem2 Says:

    apa2 pn,,mmng cdangan import 2 paling bernas..xyah duk pelihara..
    n,,yg paling penting,,NO BABI IN KELANTAN..BY HOOK OR BY CROOK..
    nk jgk,try r..
    aku gi bakar r tmpat 2..
    walaupn boleh kutip hasil atau apa sekalipn aku xkesah
    aku parang sorang2 penternak 2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: