Who The Hell Is Sufiah Yusof?

Pada tahun 1997 gah satu Malaysia kononnya seorang anak berdarah Melayu berusia 13 tahun yang bernama Sufiah Yusof telah berjaya memasuki Oxford University sebagai pelajar termuda dalam sejarah universiti itu.

sufiahyusof Malaysia pun meraikan pencapaian itu dan dengan murah hatinya memberikan biasiswa. Bukan pinjaman semacam PTPTR yang perlu dibayar oleh pelajar-pelajar lain di Malaysia, tetapi biasiswa untuk perbelanjaannya semasa di universiti tersebut.

Tetapi tahukah anda hubungan Sufiah dengan kita hanya sekadar ibunya berdarah Melayu (dari Johor kalau tak silap) tetapi sudah menjadi permanent resident di UK. Beliau tak boleh berbahasa Melayu dan tak pernah sekali pun pulang ke Malaysia. Jadi saya tak faham apakah kriteria yang dijadikan kayu pengukur untuk diberikan biasiswa. Bukankah lebih baik wang tersebut digunakan untuk untuk membantu anak-anak Malaysia yang lebih memerlukan. Apa pun itu dah lepas.

Kini gah sekali lagi tapi kali ini ceritanya dah terbalik. Anak Melayu yang bernama Sufiah ni kini sudah menjadi seorang pelacur ‘high class’ yang mendapat bayaran 130 paun untuk sekali langganan. Dan cerita ini telah menjadi tajuk utama di Malaysia sekali lagi. Apa dah jadi?

Maka muncul lah suara-suara simpati oleh rakyat Malaysia untuk membantu menyelamatkan beliau. Hinggakan ada yang mengatakan Sufiah telah terkena ilmu hitam. Ada yang menubuhkan tabung “Program Menyelamatkan Sufiah”. I say what for? Kenapa nak bantu? Kenapa nak sibuk-sibuk tolong seorang yang tak ada talian langsung sebagai rakyat Malaysia.

Kalau betul-betul perihatin tak payah tengok kuman diseberang, tengok dulu masalah anak-anak bangsa kita di Malaysia. Isu-isu sosial yang melanda remaja-remaja kita sudah parah dan lebih memerlukan perihatin dan bantuan kita. Tak payah tengok nun jauh di UK, cukup saja perhatikan anak-anak jiran kita, kawasan perumahan kita, bandar kita, negeri kita. Kecuali anda katak dibawah tempurung mungkin tak merasa apa-apa.

Dadah, pergaulan bebas, sex bebas, apa lagi…. rempit, gangsterisma, pelacuran dan macam-macam maknenek lagi. Bukankan ini yang patut jadi perhatian utama kita dan kerajaan. Bukankah isu-isu seperti ini yang patut menjadi tajuk-tajuk utama diakhbar dan TV?

Memang diakui rakyat Malaysia sememangnya perihatin. Banyak kebajikan yang telah dilakukan oleh kita sekian ini. Bantuan Tsunami di Acheh, Kebuluran di Dafur, Gempabumi di Iran dan Pakistan. Banyak lagi. Tapi kadang-kadang tu usaha kita itu biarlah bertempat.

Akhir sekali saksikan video pengakuan Sofiah Yusof perihal beliau menjadi pelacur. Fikir sejenak dan kemudian tanya diri sendiri adakah orang seperti ini yang kita perlu bantu dan meraih simpati kita?

Amaran : Ada unsur-unsur lucah dalam video ini.

“I has some of the best sex I ever had working in this job…..I certainly get my needs fulfill though work….” , Sufiah Yusof

Label:

7 Respons to “Who The Hell Is Sufiah Yusof?”

  1. asaadah Says:

    Saya sebagai seorang rakyat M’sia memang rasa cukup teruja dengan berita yang mana sengaja dihebohkan oleh media yang sengaja ingin medapat untung. Perihal sufia tidak perlulah dikeluarkan duit utk membantunya.Saya rasa cukuplah sebagai seorang islam membantu utk mendoakan supaya dia dapat kembali ke pangkal jalan.Berdosa mengheboh hebohkan keburukan orang especialy kepada warisnya yang masih ada d M’sia ini.

  2. mai Says:

    To All,

    This is a tragedy for a muslim..Berkemungkinan tiada asas agama yang kukuh itu menjadikan sebab musabab nya..jikalau latar belakang nya kukuh insyallah kemana-mana pergi mereka akan tau asal usulnya..

    Disebabkan kemewahan dan riak nya bergaul dengan bangsa-bangsa lain yang hendakkan kelainan dari orang lain menjadi mereka begitu..Kita hendaklah merasa rendah diri dan ada budi pekerti yang muslimah dan banyakkan ilmu agama didada baru lah kita mungkin tidak menjadi masalah sekiranya kita pergi kemana-mana di dunia….ashtafirullahalazim

  3. eliza Says:

    Hmmmm, itulah petanda dunia akhir zaman…., ilmu agama semakin sedikit, kejahilan dan maksiat bertebaran di muka bumi, lelaki qawwam yang menjadi pelindung kepada kaum wanita berkurangan dengan kadar 1:50, dalam kes macam ni, may be kalau dah terkena penyakit AIDS pun beliau belum tentu akan insaf jika itulah laluan hidup yang dipilih. Jangan salahkan Takdir Tuhan.

  4. nona manis Says:

    salam………….

    ye, mungkin da ada tanda2 dunia da nak kiamat………………….
    astaqfirullah alazim………….jgn la kita mengikuti jejaknya………..
    memalukan kaum melayu dan agama islam sahaja………
    biar buruk rupa jangan buruk perangai………..
    Wallahualam……..

  5. akustika Says:

    askum semua,

    x semestinya semua orang pandai bijaksana nie pandai……tapi kita x boleh salahkan dia gak….kesempitan hidup membuat kan dia tidak memikir panjang untuk dia lakukan perbuatan yang seperti itu….renung-renugkanlah…

  6. john lenon Says:

    Sufiah yusof mungkin terlihat salah jalan, tapi yang pasti dia tidak merugikan orang lain. Berbeda dengan Noordin M top dan Dr azhari, kepintarannya hanya buat membunuh orang lain.

    Dr azhari dan Noordin M top agamanya kuat, tapi moralnya rendah. Saya tidak tahu pengetahuan agama sufiah yusof, mungkin dangkal jugasehingga dia tidak bermoral.

    Tapi sufiah yusof TIDAK PERNAH MEMBUNUH ORANG!

  7. emily Says:

    i don’t expect Sofiah to do something embarassing stuff just like that..don’t you think that it was a stupid,stupid thing??Ohh,it was so awful..i swear that she was the silly,idiotic slut…hell protistute girl i ever know..I swear!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: