Archive for Mei 2008

Tun Mahathir Keluar UMNO

Isnin, 19 Mei, 2008

mahathir2 Sedang semua rakyat Malaysia berehat-rehat bersama keluarga sempena cuti umum hari Wesak, tiba-tiba bumi Malaysia digegarkan oleh satu letupan atomik bom di Utara Semenanjung, dalam wilayah Northern Corridor. Yang saya maksudkan ialah pengumuman Tun Mahathir melepaskan semua jawatan termasuk keahlian beliau dalam UMNO. Selepas beberapa kali menggugurkan bom-bom yang Maha dasyat keatas kepala Presiden UMNO Pak Lah, mungkin ini kah bom terakhir yang diletupkan? the final countdown?

Dari riak muka Tun dalam Berita TV3 malam tadi ternyata jelas kekecewaan beliau terhadap kepimpinan Pak Lah dan juga pemimpin-pemimpin UMNO yang ada pada hari ini.

Kepada UMNO yang semakin hari semakin parah pula ini umpama menabur garam pada luka. Luka yang semain hari semakin meroyak dan bernanah. Hanya menunggu masa nak dipotong anggota-anggota badan yang dah rosak dan reput.

(more…)

Advertisements

Wang Ehsan Terengganu RM7.36 Billion !!!

Selasa, 13 Mei, 2008

Terengganu Dari Mac 2004 hingga Mac 2007 Petronas telah membayar sebanyak RM7.36 Billion kepada kerajaan negeri Terengganu. Selama ini kita ingat cuma Rm1 billion setahun rupanya lebih RM2.45 billion setahun.

Soalan seterusnya yang perlu ditanya ialah kemanakah ke semua wang itu dibelanjakan?

13 May

Selasa, 13 Mei, 2008

Kepada semua rakyat Malaysia, selamat menyambut 13 May.

Once is Enough !

may13