Tun Mahathir Keluar UMNO

mahathir2 Sedang semua rakyat Malaysia berehat-rehat bersama keluarga sempena cuti umum hari Wesak, tiba-tiba bumi Malaysia digegarkan oleh satu letupan atomik bom di Utara Semenanjung, dalam wilayah Northern Corridor. Yang saya maksudkan ialah pengumuman Tun Mahathir melepaskan semua jawatan termasuk keahlian beliau dalam UMNO. Selepas beberapa kali menggugurkan bom-bom yang Maha dasyat keatas kepala Presiden UMNO Pak Lah, mungkin ini kah bom terakhir yang diletupkan? the final countdown?

Dari riak muka Tun dalam Berita TV3 malam tadi ternyata jelas kekecewaan beliau terhadap kepimpinan Pak Lah dan juga pemimpin-pemimpin UMNO yang ada pada hari ini.

Kepada UMNO yang semakin hari semakin parah pula ini umpama menabur garam pada luka. Luka yang semain hari semakin meroyak dan bernanah. Hanya menunggu masa nak dipotong anggota-anggota badan yang dah rosak dan reput.

Saya ‘gerenti’ tajuk ini akan menjadi cerita paling laris diperbualkan esok. Bukan saja oleh orang-orang politik tetapi juga pakcik makcik dan kakak abang di pejabat dan kedai kopi. Tak sabar saya nak ke pejabat esok….mesti menarik membahaskan isu ini antara yang pro dan anti UMNO (baca Pak Lah).

Nak tahu power tak power mantan PM kita ni kita tunggu sorotan berita-berita dalam sehari dua ini. Tentu banyak perkara-perkara yang menarik akan berlaku. Kita tunggu………..

Tun Mahathir adalah bekas Perdana Menteri yang ke 3 keluar dari UMNO selepas Tunku Abdul Rahman dan Tun Husain Onn.

Label: , ,

Satu Respons to “Tun Mahathir Keluar UMNO”

  1. Jasa kepada Rakyat Says:

    biarkan lah dia nak keluar parti, rasanya dia dah letih beletir dan dah letih berpolitik, biarlah orang muda pulak yang ganti tempat dia. UMNO tetap UMNO, Mahathir hanyalah salah seorang ahlinya, walaupun dia pernah menjadi PM Malaysia dan Presiden UMNO itu sendiri…. but live must be go on…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: