Archive for Jun 2008

Jangan Main Belakang

Ahad, 29 Jun, 2008

Permainan politik jijik BN bermula lagi. Dalam keadaan desperado yang semakin memuncak semenjak pengumuman Annuar Ibrahim bahawa ada parti-parti komponen BN yang akan melompat ke parti Pakatan Rakyat dan seterusnya mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia pada 16 September 2008 ini.

Parti-parti dari Sabah dan Sawarak dikatakan yang akan melakukan lompatan tersebut. Ini telah pun terbukti apabila parti SAPP telah mengambil langkah pertama apabila mengumumkan bahawa mereka akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Berikutan itu kerajaan BN telah dengan bersungguh-sungguh memberikan berbagai jenis ‘gula-gula’ bagi meredakan keresahan rakan-rakan parti komponen di Sabah dan Sarawak. Namun kaedah ini didapati tidak berjaya. Apa yang berlaku adalah sebaliknya, rakyat Sabah dan Sarawak menjadi lebih marah apabila Perdana Menteri menggunakan kuasanya keatas BPR untuk mensabitkan Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee atas dakwaan rasuah. Yang peliknya tuduhan rasuah tersebut muncul sebaik selepas pengumuman SAPP.

Kekecuhan tampuk pemerintahan parti komponen bertambah parah hari demi hari. Hari ini saja berita Presiden parti MCA Datuk Seri Ong Kar Ting untuk tidak mencalunkan diri semula dalam pemilihan pucuk pimpinan parti dan perletakan jawatan oleh Ketua Pemuda MIC, Vigneswaran menunjukkan kebanyakan parti-parti komponen BN masih lagi menghadapi krisis dalaman parti yang teruk. Inilah akibatnya apabila kepimpinan parti sudah tidak mendapat mandat dan sokongan lagi dari ahli-ahli akar umbi lebih-lebih lagi dari rakyat.

(more…)

Advertisements

Penjimatan RM2b – Percutian Percuma Masih Dibenarkan

Rabu, 11 Jun, 2008

Aku hairanlah dengan kerajaan BN pimpinan Pak Lah Bedul ni. Kadang-kadang  aku terlampau pelik sampai aku tersenyum sendiri dan terkedu tak terkata apa-apa lagi dah.

Yang terbaru ialah bila pengumuman Pak tentang langkah mengekang inflasi kerajaan menyenaraikan langkah-langkah penjimatan yang akan mengurangkan perbelanjaan pengurusan sebanyak RM2 billion. Perkara yang paling lucu ialah pengumuman bahawa bajet percutian PERCUMA bagi menteri-menteri dihadkan kepada percutian didalam negara-negara ASEAN sahaja. WHAT! Kenapa nak had-hadkan!? Kenapa tak hapuskan saja!?

Dalam keadaan rakyat menderita dan dihimpit kesusahan oleh kenaikan harga petrol, masih ada hati nak pergi bercuti lagi ka? Duit siapa yang mereka gunakan untuk bercuti tu? Adakah terlalu miskin menteri-menteri kita hinggakan tak cukup duit gaji yang dibayar untuk pergi bercuti menggunakan duit sendiri?holiday-cartoon

Aku pasti ramai yang terkejut dan tak tahu pun bahawa selama ini menteri-menteri kita dapat percutian percuma sekali setahun untuk pergi ‘makan angin’ bersama sanak saudara mereka dimana-mana negara di dunia ni.

Memang dasar pemimpin yang tak sedar diri! Hidup senang lenang sedangkan rakyat sedang merana. Lepas tu pandai cakap suruh rakyat ubah cara hidup. Suruh makan ubi kentang lah, itu lah ini lah. Mereka sendiri langsung tak berubah. Macam ketam suruh anak berjalan betul.

Aku heran betul. Tak terkata apa dah………….

Bersiap Sedialah Wahai Rakyat Malaysia

Rabu, 4 Jun, 2008

Maka bersiap sedialah wahai rakyat Malaysia semua. Masanya telah tiba. Kenaikan harga petrol yang ditunggu-tunggu telah tiba. Bersiap sedialah mengikat perut dan kantong anda. Selepas ini ‘downgrade’kan perbelanjaan anda. Kalau dulu naik kereta lepas ni nak moto. Kalau dulu naik moto lepas ni naik pengangkutan awam. Demikanlah seadanya.

Pengumuman kenaikan harga petrol menjadi RM 2.70 mulai esok. Tetapi bacalah di media-media perdana dan berita di TV, kita tetap mempunyai kadar petrol yang paling rendah di rantau ini. Itulah kata-kata kerajaan kita yang dimainkan berulang-ulang.

Anda kata kerajaan bagi imbuhan berupa wang tunai sebagai subsidi terhadap kenaikan tersebut? Cukup? Hah! tunggulah lepas ini kenaikan tarif letrik (mulai 1 Julai), barang-barang makan pakai saya gerenti semua akan naik. Tak percaya? Tunggu sebulan dua lagi. Apa lagi? Kadar pengangguran akan meningkat kerana kilang-kilang dan perniagaan-perniagaan akan menjalankan aktiviti menjimatkan kos operasi. Lepas tu apa? Bila banyak yang menganggur, bila ramai yang susah maka akan meningkat pula kadar jenayah. Curi dan rompak akan berleluasa. Ibubapa terpaksa kerja lebih masa atau cari kerja tambahan bagi menampung kos perbelanjaan keluarga. Bila dak sibuk dengan kerja, anak-anak di rumah dapat kurang perhatian. Dan akan bertambah teruklah lagi masalah-masalah sosial yang sememangnya pun sudah teruk dewasa ini. Lepas tu apa lagi? Bila tertekan dengan kehidupan yang terpaksa dilalui maka akan bertambah lah lagi berbagai penyakit. Sakit jantung, darah tinggi, gangguan emosi, gila, bunuh diri. Tak percaya? Tunggu lagi sebulan dua. Buka mata buka minda…itu pun kalau anda semua masih ada masa untuk berbuat demikian selepas ini.

Kerajaan kata kadar petrol kita adalah yang terendah diri kebanyakan negara. Tapi perasan tak anda negara-negara yang dibandingkan itu kebanyakannya bukan negara pengeluar minyak dan ada yang tiada langsung resap minyak. Kalau nak banding cuba banding dengan negara-negara berikut :

gasprice

Buka mata buka minda. Kepada yang masih nak pertahankan BN, SHAME ON YOU!!!