Bersiap Sedialah Wahai Rakyat Malaysia

Maka bersiap sedialah wahai rakyat Malaysia semua. Masanya telah tiba. Kenaikan harga petrol yang ditunggu-tunggu telah tiba. Bersiap sedialah mengikat perut dan kantong anda. Selepas ini ‘downgrade’kan perbelanjaan anda. Kalau dulu naik kereta lepas ni nak moto. Kalau dulu naik moto lepas ni naik pengangkutan awam. Demikanlah seadanya.

Pengumuman kenaikan harga petrol menjadi RM 2.70 mulai esok. Tetapi bacalah di media-media perdana dan berita di TV, kita tetap mempunyai kadar petrol yang paling rendah di rantau ini. Itulah kata-kata kerajaan kita yang dimainkan berulang-ulang.

Anda kata kerajaan bagi imbuhan berupa wang tunai sebagai subsidi terhadap kenaikan tersebut? Cukup? Hah! tunggulah lepas ini kenaikan tarif letrik (mulai 1 Julai), barang-barang makan pakai saya gerenti semua akan naik. Tak percaya? Tunggu sebulan dua lagi. Apa lagi? Kadar pengangguran akan meningkat kerana kilang-kilang dan perniagaan-perniagaan akan menjalankan aktiviti menjimatkan kos operasi. Lepas tu apa? Bila banyak yang menganggur, bila ramai yang susah maka akan meningkat pula kadar jenayah. Curi dan rompak akan berleluasa. Ibubapa terpaksa kerja lebih masa atau cari kerja tambahan bagi menampung kos perbelanjaan keluarga. Bila dak sibuk dengan kerja, anak-anak di rumah dapat kurang perhatian. Dan akan bertambah teruklah lagi masalah-masalah sosial yang sememangnya pun sudah teruk dewasa ini. Lepas tu apa lagi? Bila tertekan dengan kehidupan yang terpaksa dilalui maka akan bertambah lah lagi berbagai penyakit. Sakit jantung, darah tinggi, gangguan emosi, gila, bunuh diri. Tak percaya? Tunggu lagi sebulan dua. Buka mata buka minda…itu pun kalau anda semua masih ada masa untuk berbuat demikian selepas ini.

Kerajaan kata kadar petrol kita adalah yang terendah diri kebanyakan negara. Tapi perasan tak anda negara-negara yang dibandingkan itu kebanyakannya bukan negara pengeluar minyak dan ada yang tiada langsung resap minyak. Kalau nak banding cuba banding dengan negara-negara berikut :

gasprice

Buka mata buka minda. Kepada yang masih nak pertahankan BN, SHAME ON YOU!!!

3 Respons to “Bersiap Sedialah Wahai Rakyat Malaysia”

  1. Khoo Ghim Seong Says:

    I wonder if my fellow citizens have noticed it or not.

    Last week, Badawi said there will be no price increase for fuel prices until August 2008.

    However, yesterday, he announced the hike of petrol from RM 1.92 to RM 2.72. Never mind the price hike but the way it’s done. This person likes to make snap decisions time and again.

    I am not complaining about the price hike (no doubt, it will put a dent in my pocket) which is inevitable, but the way it’s done. All of you know of the massive jams everywhere, even if you are not one of those in bad need of a fill-up yesterday.

    He could have announced that fuel prices will be increased on Friday, giving time for everyone to fill up their tanks, causing less chaos everywhere.

    Remember, he was the one who launched 5 Economic Regions within a span of 6 months which he claimed will bring in over RM 100 billion in investments? All at the snap of a finger, isn’t it.

    This person has got no stand and principle, always going back on his words.

    He even promised a safe environment for all citizens irregardless and started setting up Police Beat bases everywhere in housing estates and commercial centres, but you know what, the Pondok Polis Komuniti in my housing area was occupied but for maybe 2-3 months and after that it’s been empty since. I have been observing the beat base and all the time there are no police personnel there.

    They have spent so much money renovating the house and I feel strongly it will turn into another white elephant soon.

    Talk about wastage, I think Badawi and the police does not have a clue how to solve crime related problems at all.

    I hope the rakyat will think carefully and should seriously consider changing the government in GE13!

  2. TERROR Says:

    Ini adalah keterlaluan!!!

    Macam mana dengan “TELING BESAR” (ROM)PAK LAH. Tak dengar jeritan dan tangisan rakyat selepas pilihan raya?

    Mana pergi semua wang rakyat? Semua atas alasan kos saja! Sampai bila boleh selesai? Tidak guna akal langsung untuk mengatasi masalah, tapi hanya fikir penyelesaian mudah dari beban rakyat.

    Kos terus akan meningkat, bila boleh selesai ni? Hanya tahu jadi hamba kepada masalah negara-negara lain. Malaysia kan pengeluar minyak juga. Kita tak boleh cari alasan dari perbandingan negara lain yang tak mengeluar bahan mentah minyak and faktor ia kepada alasan negara kita. Ini alasan yang bodoh. Siapa yang kau mahu tipu?

    Kalau begitu? Apa guna TOL-TOL yang ada sekarang?

    Kalau kerajaan mahu buat perbandingan dengan negara jiran, kerajaan patut banding sepenuhnya dan bukan faktor yang baik untuk alasan kerajaan menaik harga minyak.

    1) Negara Thailand tak ada tol.
    2) Gaji dan saraan hidup di Thailand murah dengan makan/minum yang harga berpatutan.
    3) Jalan jalan raya yang licin, rata dan berquality, bukan berlubang dan penuh dengan tampalan.
    4) AFTA, fikir kan lah?
    5) Kalau banding dengan saiz Thailand, ia 2 kali ganda lebih besar dari Malaysia. Kos jalanraya dan pengunnaan pengangkutan jauh lebih banyak besar berlipat ganda dari Malaysia.
    6) Gaji rakyat Thailand lebih berpatutan untuk saraan diri.
    7) Income tax tak lampau.

    Fikir kan la.

    Adakan kerajaan berpuas hati melihat KLCC dicemari imej protest di antarabangsa, dan kemarahan rakyat mungkin akan sampai ke situasilampu seperti mengebom bangunan pencakar langit semacam 9/11?

    Petronas milik rakyat, tapi sekarang dah jadi milik segolongan koperate. Fikilah wang pembangun syarikat ini dari siapa? Sekarang PETRONAS adalah hak milik “SENDIRIAN BERHAD”.

    Ia akan memberi kebencian kepada syarikat ini yang sepatutnya hak kebanggaan rakyat Malaysia.

    Fikirkan baik-baik. Kalau rakyat miskin, mereka tak ada apa lagi yang takut dan tak rugi berbuat demikian.

    Elektrik juga akan naik. GILA!!! GILA!!! GILA!!! Semua ini gila!

    Ini adalah satu rompakan siang hari. Terlalu kerap harga naik setiap tahun!

    Satu hari, negara ini akan JIHAD!!! Mungkin orang tertentu akan terbunuh atau membunuh.

  3. shukry Says:

    hidup kena ada matlamat bukan untuk peribadi tapi ‘kita’,unutk semua.dulu bila tun perintah .walaupun subsidi diberi .negara tetap boleh maju.tapi sekarang pak lah perintah .ehm……apa nak jadi .habis milik kita.contoh pulau batu putih.kenapa sekarang timbul?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: