Archive for Julai 2008

"Nampak sama tapi tidak sama." – Hospital Pusrawi

Rabu, 30 Julai, 2008

 

""Nampak sama tapi tidak sama.", itu lah kenyataan pengurus besar Hospital Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob. Kenyataan tersebut di buat oleh beliau sewaktu di tanya tentang kesahihan salinan surat laporan yang asal dengan salinan yang tersebar sewaktu mengadakan sidang akhbar berhubung tersebarnya laporan laporan perubatan terhadap Mohd Saiful yang mendakwa telah diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Macam pernah dengar pula perkataan ini.

“Nampak macam saya, bunyi macam saya tapi bukan saya”,- V. K. Lingam

🙂

berita lanjut disini.

herenoevil02

Perbincangan UMNO/PAS Satu Kesilapan

Isnin, 28 Julai, 2008

umno_logo Pendedahan perjumpaan sulit antara UMNO/PAS sebaik selepas PRU 12 adalah satu yang mengejutkan. Nampaknya PAS masih tidak sedar lagi bagaimana mereka telah banyak kali di tipu dan di tikam dari belakang oleh UMNO dalam lipatan tendang terajang sejarah politik Malaysia.

Come on PAS! Wake up lah. Memang sesiapa pun yang baik sangka akan teruja bila menerima pelawaan mana-mana pihak demi kerana agama dan bangsa. Tapi kita kena tengok lah dulu dengan siapa kita nak bincang. Kalau dengan kawan tak apa tapi kalau dengan musuh kena pikir banyak kali dulu.

umno-pas Dah lupakah sejarah tentang tumbangnya kerajaan Kulafah Ar-Rasyidin apabila tentera Bani Ummaiyah keluar dengan mencacakkan Quran pada hujung tombak kononnya untuk berdamai tetapi apabila telah dekat mereka terus menyerang tentera lawan yang telah meletakkan pedang masing-masing.

Inilah yang akan terjadi pada PAS. Hairan juga kenapa PAS masih mahu bersekongkol dengan UMNO sedangkan UMNO dan Barisan Nasional telah kalah teruk dalam pilihanraya baru-baru ini dan cuma menanti rebah bila-bila saja.

Panggil lah muzakarah atau mukabalah, apa pun yang berlaku selepas ini sama ada perbincangan tersebut akan diteruskan atau tidak, the damage is done. PAS kini dilihat oleh parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat sebagai pembelot dan tidak boleh dipercayai. Lebih teruk lagi dengan manipulasi yang dimainkan oleh media-media untuk mensensasikan isu ini bagi melemahkan Pakatan Rakyat.

Perbuatan PAS menampakkan sedikit keangkuhan. Mungkin kerana mereka rasa sudah cukup kuat untuk tidak meminta pendapat parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat sebelum mengadakan perbincangan ini.

Raja Petra Dakwa Ada Bukti Perjumpaan Najib Saiful Bincang Kes Liwat Annuar.

Rabu, 23 Julai, 2008

Raja Petra Kamarudin melalui blognya malaysia-today hari ini mendakwa telah merakam rakaman video perbualan dengan rakan Saiful yang turut sama berada ketika Saiful pergi berjumpa dengan Najib di pejabatnya.najib

Menurut beliau lagi pita video tersebut telah disimpan di satu tempat yang selamat dan akan disiarkan sebagai bukti dalam mahkamah nanti.

Beliau bagaimana pun  telah menyiarkan sebahagian dari wawancara video tersebut secara bertulis di laman blognya. Rakan Saiful mengatakan bahawa perjumpaan dengan Najib tidak langsung membincangkan soal biasiswa seperti yang dinyatakan oleh Najib sebelum ini tetapi menjurus kepada kes liwat Annuar.

Menurut rakan Saiful lagi sewaktu Saiful menyatakan yang beliau telah di liwat oleh Annuar, Najib dan orang-orang lain yang berada bersama tidak langsung menampakkan reaksi terkejut seolah-olah mereka telah pun tahu akan perkara itu.

Sila ke laman web Malaysia-today untuk berita penuh.