Jerangkung Dalam Almari… Najib

Najib WOW! Itulah yang perkataan pertama yang keluar dari mula saya setelah selesai membaca akuan bersumpah yang dibuat oleh bekas penyiasat persendirian Abdul Razak Baginda, Balasubramaniam a/l Perumal berhubung penglibatan TPM Najib dalam kes pembunuhan Altantuya.

Baru beberapa hari yang lepas kita semua dikejutkan oleh laporan liwat terhadap Anwar Ibrahim yang ternyata men-terbeliakkan banyak mata rakyat Malaysia dan tidak kurang juga mata masyarakat dunia. Siapa sangka tuduhan liwat sekali lagi dilemparkan kepada Anwar sedangkan rata-rata rakyat sudah tidak percaya dengan tuduhan tersebut dari dulu lagi. Ini membuatkan saya tertanya-tanya mengapakah sebegitu dangkal tuduhan tersebut dibuat. Tak ada tuduhan lain kah yang boleh meyakinkan rakyat boleh dibuat kepada Anwar?

Kini terjawap sudah teka-teki tersebut. Pendedahan pembabitan Najib dengan kes Alyantuya telah dapat dihidu oleh Najib dan para kospiratornya maka dalam keadaan desperado dan kesuntukan masa mereka tidak berfikir panjang meletakkan motif yang lebih kongkrit lalu mengambil jalan mudah iaitu tuduhan liwat. Dengan harapan Anwar dapat ditangkap polis sebelum beliau sempat mendedahkannya. Tindakan Anwar melarikan diri ke Keduataan Turki adalah satu langkah yang bijak.

Hari ini Najib sendiri telah mengakui bahawa beliau telah menemui dengan Saiful (yang mengaku diliwat oleh Anwar) beberapa hari sebelum Saiful membuat laporan polis. Persoalannya kenapa sewaktu ditanya oleh wartawan beberapa hari sebelum itu sama ada beliau ada terbabit dengan pengakuan Saiful itu, beliau tidak mendedahkan berita ini? Kenapa sekarang baru cakap?

Lebih pelik lagi ialah beliau mengakui sebelum dari itu Saiful ada datang menemui beliau untuk mendapatkan biasiswa. Biasiswa? Kenapa nak biasiswa lagi sedangkan Saiful baru saja menamatkan pengajiannya? Nak sambung buat master pula kot? Tapi masakan boleh jumpa seorang TPM untuk minta biasiswa kalau tak kenal rapat. Bukan calang-calang orang yang boleh jumpa TPM. Ini senang-senang boleh jumpa. Nak minta biasiswa saja pulak tu. Power betul budak Saiful ni.

Pengakuan oleh Balasubramaniam adalah satu hentaman bom yang teramat dasyat untuk Najib. Kini Najib umpama telur di hujung tanduk. Kita tunggu pula pengakuan bersumpah dari Razak Baginda pula kerana saya percaya Razak Baginda juga sudah terasa dikianati oleh Najib kerana tidak melindungi beliau dengan tuduhan yang dikenakan keatasnya

Maka mulalah terkeluar sedikit-sedikit jerangkung-jerangkung yang telah lama terkurung dari almari Datuk Seri Najib Tun Razak.

Klik sini untuk membaca Pengakuan Bersumpah Balasubramaniam (dalam Bahasa Inggeris)

Label: , , , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: