Perbincangan UMNO/PAS Satu Kesilapan

umno_logo Pendedahan perjumpaan sulit antara UMNO/PAS sebaik selepas PRU 12 adalah satu yang mengejutkan. Nampaknya PAS masih tidak sedar lagi bagaimana mereka telah banyak kali di tipu dan di tikam dari belakang oleh UMNO dalam lipatan tendang terajang sejarah politik Malaysia.

Come on PAS! Wake up lah. Memang sesiapa pun yang baik sangka akan teruja bila menerima pelawaan mana-mana pihak demi kerana agama dan bangsa. Tapi kita kena tengok lah dulu dengan siapa kita nak bincang. Kalau dengan kawan tak apa tapi kalau dengan musuh kena pikir banyak kali dulu.

umno-pas Dah lupakah sejarah tentang tumbangnya kerajaan Kulafah Ar-Rasyidin apabila tentera Bani Ummaiyah keluar dengan mencacakkan Quran pada hujung tombak kononnya untuk berdamai tetapi apabila telah dekat mereka terus menyerang tentera lawan yang telah meletakkan pedang masing-masing.

Inilah yang akan terjadi pada PAS. Hairan juga kenapa PAS masih mahu bersekongkol dengan UMNO sedangkan UMNO dan Barisan Nasional telah kalah teruk dalam pilihanraya baru-baru ini dan cuma menanti rebah bila-bila saja.

Panggil lah muzakarah atau mukabalah, apa pun yang berlaku selepas ini sama ada perbincangan tersebut akan diteruskan atau tidak, the damage is done. PAS kini dilihat oleh parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat sebagai pembelot dan tidak boleh dipercayai. Lebih teruk lagi dengan manipulasi yang dimainkan oleh media-media untuk mensensasikan isu ini bagi melemahkan Pakatan Rakyat.

Perbuatan PAS menampakkan sedikit keangkuhan. Mungkin kerana mereka rasa sudah cukup kuat untuk tidak meminta pendapat parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat sebelum mengadakan perbincangan ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: