Najib Sokong Tamat Layanan Istimewa Melayu Secara Beransur

Jumaat, 24 Oktober, 2008

Hemmm…..nak tengok apa pulak kata orang-orang UMNO yang selama ni menempelak cadang PKR berhubung perkara ini. Dulu waktu PKR mencadangkan perkara yang sama maka ‘melompat’lah semua mengatakan PKR cuba menghakis kuasa orang Melayu.

Waktu Tan Seri Khalid, MB Selangor komen berhubung memberi tempat kepada bukan bumiputera, berminggu-minggu dia kena hentam hinggakan pelajar universiti yang selama ini diharamkan menjalankan demonstrasi tiba-tiba boleh saja bebas buat demonstrasi. Tapi sebenarnya waktu Mahatir perintah dulu pun dia pernah memberikan pendapat yang sama.

Dulu bila waktu Musa Hitam mengatakan di Wilayah Iskandar tiada kota pekerja bumiputera dikenakan kepada syarikat-syarikat di wilayah itu, semua tak berani berkata apa-apa.

Kali ini nak tengok pula apa reaksi mereka.

Dipetik dari Malaysia Kini :

Bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau bersedia menamatkan layanan istimewa terhadap kaum majoriti orang Melayu – ikrar yang digunakan oleh pihak pembangkang, yang mengakibatkan parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Bagaimanapun, program itu yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang diperkenalkan pada 1971, mesti ditamatkan ‘secara beransur-ansur’, kata Najib dalam wawancara dengan Televisyen Bloomberg yang disiarkan hari ini.

“Jika kita tidak berubah, rakyat akan mengubah kita,” kata Najib, 55, di pejabatnya di Putrajaya.

“Dalam tempoh masa tidak lama lagi, kita akan menyaksikan semua elemen Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan diganti,” kata Najib tetapi beliau tidak menyatakan bila ianya akan dilakukan.

DEB digubal oleh bapa Najib, yang juga perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein – melalui peruntukan pekerjaan, rumah murah serta faedah yang lain. Kira-kira 65 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia adalah orang Melayu.

Dalam pilihanraya umum lalu, BN kembali berkuasa tetapi gagal mempertahankan penguasaan dua pertiga di Parlimen. BN juga tewas di empat negeri – Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor –  dan PAS berjaya mengekal Kelantan dengan tambahan kerusi.

Menurut Bloomberg, dengan menawar untuk memansuhkan DEB, dalam tempoh masa yang tidak ditetapkan, dan menggantikannya dengan sistem berasaskan keperluan, Najib dilihat mengambil pendekatan hampir sama dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga menyokong satu sistem yang berasaskan keperluan.

Anwar sedang berusaha untuk mengambil alih kuasa tetapi Rabu lalu, penasihat PKR itu berkata kini sukar untuk beliau menarik sokongan daripada ahli Parlimen BN untuk menyertai Pakatan.

Calon tunggal

Najib merupakan calon tunggal setakat ini yang dicalonkan untuk jawatan presiden Umno oleh bahagian Umno yang sedang bermesyuarat sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melepaskan jawatannya kepada timbalannya, Najib Mac depan. Sebelum ini, Abdullah merancang menyerahkan kuasa pada 2010 tetapi telah dipercepatkan kepada awal tahun depan.

Beberapa penganalisa tidak begitu yakin yang Umno – selaku parti pendukung BN – bersedia untuk memansuhkan rancangan tersebut yang membantu ahli-ahlinya.

Penganalisa politik, Karim Raslan yang berpejabat di Kuala Lumpur dan Jakarta berkata, Umno belum dapat menerima sepenuhnya setakat ini bahawa parti itu perlu berubah.

“Saya tidak nampak keikhlasan yang cukup dari segi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh parti tersebut,” katanya.

“Ramai pemimpin parti itu merasakan, degan menggantikan Abullah, mereka akan dapat menangani kelemahan tersebut. Saya tidak bersetuju dengan mereka. Saya tidak nampak banyak tanda-tanda (akan berlaku) pemulihan,” kata kepada Bloomberg.

Berkongsi faedah

Dengan menamatkan program tersebut, ia akan mengakhiri ketidaksaksamaan antara kaum sejak berdekad-dekad lalu.

Kaum Cina dan India di Malaysia perlu mendapatkan kelulusan yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Orang Melayu juga mendapat keutamaan untuk memperolehi kontrak kerajaan dan apabila syarikat menjual sahamnya, 30 peratus mesti dijual kepada orang Melayu.

“Ia adalah satu cabaran yang besar,” kata Najib dalam wawancara itu semalam.

“Mesti ada keazaman politik dan keinginan untuk berubah di dalam Umno. Saya tidak boleh mengharapkan rakyat melihat kita dari kaca mata yang baik kecuali kiita berubah, kecuali kita membaiki kelemahan kita,” katanya.

Najib adalah lulusan ekonomi dari Universiti Nottingham di United Kingdom. Anggota keluarganya sudah lama memegang kedudukan yang tinggi dalam bidang politik dan dalam perniagaan. Bapanya, menjadi perdana menteri dari 1970 hingga 1976. Sepupu Najib – Datuk Hishammuddin Hussein –  kini menjadi menteri pelajaran. Manakala adik bungsunya, Datuk Nazir Razak menerajui bank kedua terbesar di Malaysia – CIMB Group Bhd.

Advertisements

Berkuburnya Imam Islam Hadari

Jumaat, 10 Oktober, 2008

Biarlah Pak Lah terjun dengan islam hadarinya..biarkan..biarkan…

Akhirnya Pak Lah terpaksa akur dan terima hakikat bahawa beliau tidak lagi dikehendaki oleh rakyat. Walaupun sudah berkali-kali perkara ini diminta dan berbagai-bagai ‘signal’ diberikan kepadanya semenjak kekalahan teruk BN pada March 2008, namun ia memerlukan 7 bulan untuk membuat beliau faham.

Amat trajis dan mengaibkan sekali Pak Lah terpaksa diterajang keluar sebegitu rupa. Tapi apa nak buat, bila kita suruh dia berundur secara terhormat tak mahu dengar. Mungkin peristiwa ini boleh tercatat dalam Malaysia Book of Record kerana belum pernah ada Perdana Menteri Malaysia yang berhenti dalam keadaan demikian.

Tapi yang peliknya dah tinggal beberapa bulan saja lagi beliau berkuasa baru cakap nak reform itu dan ini. Percayalah cakap tu omong kosang saja. Cakap orang tak mau ‘loose face’.

So Pak Lah, pemergian anda merupakan satu rahmat kepada Malaysia namun mungkin tak ada orang yang akan ‘miss you’. Harap orang macam Pak Lah ini Patah Tak Tumbuh Hilang Tak Berganti pun tak apa.

Tapi tunggu dulu Pak Lah. Jangan pergi lagi kerana tak lama lagi lepas ini menantu Pak Lah pun akan ikut serta. BON VOYAGE!!

Nampak dihujung sana Che Det tersenyum kepuasan.

Apakah senario politik Malaysia akan kembali tenang? Kita tunggu dan lihat bagaimana badut-badut UMNO yang lain pakat berebut takhta lepas ni.

Penipuan di Pilihanraya Permatang Pauh

Jumaat, 29 Ogos, 2008

Saya menerima email dari seseorang memuatkan berita ini.

 

tipu01

KAD PENGENALAN SEDANG DIKUMPUL

Berita Tergempar – Sebentar tadi saya telah mendapat mesej dari beberapa penduduk kampung yang memaklumkan UMNO dan BN sedang giat mengatur program merakyat mereka dengan menabur wang kepada seluruh penduduk di Permatang khusunya bagi pengundi di parlimen tersebut.

Sejurus mendapat mesej tersebut saya bersama Puan Zuraida bergegas ke lokasi bagi melakukan tinjauan. Untuk mendapatkan kepastian dan mengelakkan fitnah saya sendiri menyamar menjadi media arus BN untuk mendapatkan beberapa gambar di dewan tersebut yang berhadapan  dengan Politeknik Seberang Perai.

Ternyata mesej yang saya terima benar-benar mengejutkan saya dengan apa yang saya lihat di harap dapat di kongsikan dengan saudara sekalian.

Difahamkan penduduk kampung khususnya bagi pengundi Permatang Pauh mendapat peluang untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM 3000 seorang selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh. Di samping itu dikatakan mereka yang hadir untuk mendapatkan skim penipuan UMNO ini juga mendapat RM 50 seorang bagi tujuan pengangkutan. ( Yang sebenarnya untuk mempengaruhi pengundi )

Namun syaratnya mereka perlu menyerahkan kad pengenalan mereka dan juga membuat semakan pengundian untuk mendapatkan pinjaman tersebut.

Ternyata penduduk kampung di perbodohkan mereka dengan janji palsu mereka. Masakan mereka boleh memberi RM 3000 seorang ? Inilah dia BN menipu rakyat demi kepentngan mereka. Namun ada juga yang dapat terus wang pinjaman tersebut melalui cek MAYBANK namun ia bertujuan bagi mengaburkan mata penduduk tersebut dan memperdaya penduduk. Namun saya yakin sebilangan yang mendapat cek tersebut mungkin juga orang yang berpengaruh yang mungkin juga ketua cawangan.

Ternyata mereka dalam keadaan terdesak. Banyak lagi yang akan di lakuakan lebih-lebih lagi di saat-saat getir seperti ini. Saya pasti buletin utama pada malam ini akan menyiarkan lebih banyak provokasi yang semuanya memburukkan PR.

tipu02

PENDAFTARAN PINJAMAN

tipu03

SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI BAGI TUJUAN PINJAMAN

tipu04

LIHAT, WANG SEDANG DI KIRA. Hmm… BIJAK MENGURUS WANG .

tipu05

SEBILANGAN YANG DI LULUSKAN PINJAMAN. LIHAT CEK MAYBANK YANG DI PEGANG DAN JIKA DI PERHATIKAN DENGAN JELAS KELIHATAN SEMAKAN PENGUNDI BARISAN NASIONAL. FIKIRKANLAH..

tipu06

LIHAT WANG TERSEBUT DI DALAM PLASTIK..