Jangan Main Belakang

Permainan politik jijik BN bermula lagi. Dalam keadaan desperado yang semakin memuncak semenjak pengumuman Annuar Ibrahim bahawa ada parti-parti komponen BN yang akan melompat ke parti Pakatan Rakyat dan seterusnya mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia pada 16 September 2008 ini.

Parti-parti dari Sabah dan Sawarak dikatakan yang akan melakukan lompatan tersebut. Ini telah pun terbukti apabila parti SAPP telah mengambil langkah pertama apabila mengumumkan bahawa mereka akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Berikutan itu kerajaan BN telah dengan bersungguh-sungguh memberikan berbagai jenis ‘gula-gula’ bagi meredakan keresahan rakan-rakan parti komponen di Sabah dan Sarawak. Namun kaedah ini didapati tidak berjaya. Apa yang berlaku adalah sebaliknya, rakyat Sabah dan Sarawak menjadi lebih marah apabila Perdana Menteri menggunakan kuasanya keatas BPR untuk mensabitkan Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee atas dakwaan rasuah. Yang peliknya tuduhan rasuah tersebut muncul sebaik selepas pengumuman SAPP.

Kekecuhan tampuk pemerintahan parti komponen bertambah parah hari demi hari. Hari ini saja berita Presiden parti MCA Datuk Seri Ong Kar Ting untuk tidak mencalunkan diri semula dalam pemilihan pucuk pimpinan parti dan perletakan jawatan oleh Ketua Pemuda MIC, Vigneswaran menunjukkan kebanyakan parti-parti komponen BN masih lagi menghadapi krisis dalaman parti yang teruk. Inilah akibatnya apabila kepimpinan parti sudah tidak mendapat mandat dan sokongan lagi dari ahli-ahli akar umbi lebih-lebih lagi dari rakyat.

Terbaru, Datuk Seri Annuar Ibrahim telah mengumumkan bahawa beliau telah mendapat bukti salah laku dan fabrikasi bukti yang telah dilakukan oleh IGP dan AG sewaktu kes beliau pada tahun 1998 dan akan mendedahkan kepada umum.

Saya yakin kenyataan dari PKR yang mengatakan keselamatan Annuar Ibrahim dalam bahaya adalah benar. Ini merupakan jalan terakhir yang akan di ambil oleh mereka-mereka yang berkuasa agar kuasa mereka tidak hilang. Banyak sejarah serta peristiwa-peristiwa pembunuhan politik telah berlaku seperti ini. Nabi Muhammad s.a.w sendiri juga nyaris dibunuh oleh puak Quraisy (kaumnya sendiri) setelah usaha supaya beliau menghentikan dakwah serta pembaharuan yang dibawanya tidak berhasil.

Dakwaan liwat terbaru yang dibuat adalah pembohongan semata-mata yang dicuba sekali lagi oleh musuh-musuh DSAI setelah cubaan yang pertama tidak berjaya. Tapi yang ingin dipertikaikan disini ialah kenapa dakwaan yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin (RPK) kepada Najib dan isterinya Rosmah tidak pula disiasat sebegini rupa dan mendapat liputan media yang meluas. Kenapa dakwaan tersebut yang mengatakan PM dan menantunya Khairy juga ada menerima dan menyimpan laporan dari perisakan berhubung dakwaan tersebut tidak juga disiasat sebegini rupa. Fikir-fikirkan lah……

Dibawah adalah gambar mamat yang telah membuat laporan yang liwat terhadap DSAI. Beliau telah menawarkan diri menjadi sukarela dalam PKR sewaktu pilihanraya ke-12 yang lepas. Saiful Bukhari Azlan sebenarnya telah dihantar menjadi talibarut BN untuk mengintip pergerakan DSAI dan kekuatan PKR sewaktu pilihanraya. Namun setelah diketahui peranan petualang ini PKR telah memasang perangkap dan mengumpul bukti lebih awal lagi dan nah! inilah antara gambar-gambar yang telah dikumpulkan sebagai bukti bahawa beliau sebenarnya gunting dalam lipatan.

liwat2

liwat1

liwat

liwat

Label: , , , , ,

Satu Respons to “Jangan Main Belakang”

  1. Kipp Says:

    Nah amik kau saiful… Dusyumm… (kena tumbuk kat ponggong)…

Tinggalkan komen