Archive for the ‘malaysia’ Category

SPR – Belum Mula Dah Menipu

Isnin, 11 Ogos, 2008

Lihat sajalah, tarikh pengundian Parlimen Permatang Pauh ditetapkan pada hari Selasa 16 September. Kenapa hari Selasa? Tak boleh ka buat hari cuti Sabtu dan Ahad?

Kan senang buat hari Sabtu atau Ahad. Budak sekolah pun cuti, so kenapa nak buat hari Selasa hinggakan sekolah-sekolah terpaksa ditutup?

Tujuannya bukan apa, tak nak menggalakkan penggundi keluar mengundi. Bagi pengundi Pmtg. Pauh yang tinggal dan bekerja di luar kawasan Pmtg. Pauh maka susahlah nak ambil cuti untuk balik mengundi. Bayangkan kalau bekerja di KL nak balik mengundi tengah-tengah minggu. Tentu susahkan. Para petugas dipusat-pusat undi juga susahlah nak meluangkan masa membantu. Jadi senang la nak bawa masuk pengundi hantu banyak-banyak.

Sebenarnya SPR (baca Barisan Nasional) dah kaji dah cara-cara nak melemahkan sokongan undi untuk Anwar Ibrahim. Mereka tahu kalau mereka ‘direct fight’ dengan Anwar memang 100% mereka akan kalah teruk! Even kalau mereka menggunakan tektik kotor seperti dalam pilihanraya sebelum ini pun chances mereka memang amat tipis. Jadi yang paling mereka boleh buat ialah dengan mengurangkan jumlah pengundi supaya apabila Anwar menang nanti pun mereka akan kata, “Tengok! Anwar menang tetapi dapat undi kurang dari Wan Azizah. Ini menunjukkan rakyat tak sokong Anwar”. Itu lah saja modal yang boleh mereka gunakan dalam media-media keesokkan harinya.

Jangan Main Belakang

Ahad, 29 Jun, 2008

Permainan politik jijik BN bermula lagi. Dalam keadaan desperado yang semakin memuncak semenjak pengumuman Annuar Ibrahim bahawa ada parti-parti komponen BN yang akan melompat ke parti Pakatan Rakyat dan seterusnya mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia pada 16 September 2008 ini.

Parti-parti dari Sabah dan Sawarak dikatakan yang akan melakukan lompatan tersebut. Ini telah pun terbukti apabila parti SAPP telah mengambil langkah pertama apabila mengumumkan bahawa mereka akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Berikutan itu kerajaan BN telah dengan bersungguh-sungguh memberikan berbagai jenis ‘gula-gula’ bagi meredakan keresahan rakan-rakan parti komponen di Sabah dan Sarawak. Namun kaedah ini didapati tidak berjaya. Apa yang berlaku adalah sebaliknya, rakyat Sabah dan Sarawak menjadi lebih marah apabila Perdana Menteri menggunakan kuasanya keatas BPR untuk mensabitkan Presiden SAPP Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee atas dakwaan rasuah. Yang peliknya tuduhan rasuah tersebut muncul sebaik selepas pengumuman SAPP.

Kekecuhan tampuk pemerintahan parti komponen bertambah parah hari demi hari. Hari ini saja berita Presiden parti MCA Datuk Seri Ong Kar Ting untuk tidak mencalunkan diri semula dalam pemilihan pucuk pimpinan parti dan perletakan jawatan oleh Ketua Pemuda MIC, Vigneswaran menunjukkan kebanyakan parti-parti komponen BN masih lagi menghadapi krisis dalaman parti yang teruk. Inilah akibatnya apabila kepimpinan parti sudah tidak mendapat mandat dan sokongan lagi dari ahli-ahli akar umbi lebih-lebih lagi dari rakyat.

(more…)

Penjimatan RM2b – Percutian Percuma Masih Dibenarkan

Rabu, 11 Jun, 2008

Aku hairanlah dengan kerajaan BN pimpinan Pak Lah Bedul ni. Kadang-kadang  aku terlampau pelik sampai aku tersenyum sendiri dan terkedu tak terkata apa-apa lagi dah.

Yang terbaru ialah bila pengumuman Pak tentang langkah mengekang inflasi kerajaan menyenaraikan langkah-langkah penjimatan yang akan mengurangkan perbelanjaan pengurusan sebanyak RM2 billion. Perkara yang paling lucu ialah pengumuman bahawa bajet percutian PERCUMA bagi menteri-menteri dihadkan kepada percutian didalam negara-negara ASEAN sahaja. WHAT! Kenapa nak had-hadkan!? Kenapa tak hapuskan saja!?

Dalam keadaan rakyat menderita dan dihimpit kesusahan oleh kenaikan harga petrol, masih ada hati nak pergi bercuti lagi ka? Duit siapa yang mereka gunakan untuk bercuti tu? Adakah terlalu miskin menteri-menteri kita hinggakan tak cukup duit gaji yang dibayar untuk pergi bercuti menggunakan duit sendiri?holiday-cartoon

Aku pasti ramai yang terkejut dan tak tahu pun bahawa selama ini menteri-menteri kita dapat percutian percuma sekali setahun untuk pergi ‘makan angin’ bersama sanak saudara mereka dimana-mana negara di dunia ni.

Memang dasar pemimpin yang tak sedar diri! Hidup senang lenang sedangkan rakyat sedang merana. Lepas tu pandai cakap suruh rakyat ubah cara hidup. Suruh makan ubi kentang lah, itu lah ini lah. Mereka sendiri langsung tak berubah. Macam ketam suruh anak berjalan betul.

Aku heran betul. Tak terkata apa dah………….