Archive for the ‘current event’ Category

K. Terengganu Kini Milik Pakatan Rakyat

Ahad, 18 Januari, 2009

Tahniah di ucapkan kepada rakyat Terengganu terutamanya warga Kuala Terengganu. Sekali lagi sejarah seperti di Permatang Pauh diulangi.

Rakyat telah bersuara. Walau pun ramai mengatakan BN akan kembali pulih setelah Pak Lah “akan” meletak jawatan. Juga kerana harga minyak sudah tidak menjadi isu lagi. Wang Ehsan pun dah jadi Wang Royalti. Isu hudud di bangkitkan kembali. Namun keyakinan rakyat kepada BN masih juga sama.

Kekalahan kali ini merupakan tamparan hebat buat Najib yang akan menjadi Perdana Menteri pada Mac ini. Pilihanraya KT dianggap sebagai kayu pengukur sejauh mana penerimaan rakyat kepada kepimpinan Najib nanti.

Tiada siapa yang dapat disalahkan kecuali BN, terutamanya UMNO. Ini adalah kerana selepas kekalahan besar pada pilihanraya umum yang lepas, pimpinan UMNO masih lagi tidak sedar dan masih tidak mahu berubah bahawa rakyat sudah muak dengan pendekatan dan cara Malaysia di tadbir. Walau pun pada awalnya terdapat segelintir pemimpin UMNO cuba membawa angin perubahan ke dalam parti tapi akhirnya mereka ini disingkirkan dan di diamkan.

Akhbar-akhbar dan media-media elektronik yang dibawah kuasa BN masih lagi melakukan melaporkan berita-berita yang berat sebelah dan memualkan.

So Najib please wake up! You are right, the people have spoken yet again. Rakyat sudah muak dengan perebutan kuasa sesama anda. Rakyat sudah muak dengan pemimpin-pemimpin yang asyik merompak harta rakyat Malaysia.

 

malaysia hadari

Najib Sokong Tamat Layanan Istimewa Melayu Secara Beransur

Jumaat, 24 Oktober, 2008

Hemmm…..nak tengok apa pulak kata orang-orang UMNO yang selama ni menempelak cadang PKR berhubung perkara ini. Dulu waktu PKR mencadangkan perkara yang sama maka ‘melompat’lah semua mengatakan PKR cuba menghakis kuasa orang Melayu.

Waktu Tan Seri Khalid, MB Selangor komen berhubung memberi tempat kepada bukan bumiputera, berminggu-minggu dia kena hentam hinggakan pelajar universiti yang selama ini diharamkan menjalankan demonstrasi tiba-tiba boleh saja bebas buat demonstrasi. Tapi sebenarnya waktu Mahatir perintah dulu pun dia pernah memberikan pendapat yang sama.

Dulu bila waktu Musa Hitam mengatakan di Wilayah Iskandar tiada kota pekerja bumiputera dikenakan kepada syarikat-syarikat di wilayah itu, semua tak berani berkata apa-apa.

Kali ini nak tengok pula apa reaksi mereka.

Dipetik dari Malaysia Kini :

Bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau bersedia menamatkan layanan istimewa terhadap kaum majoriti orang Melayu – ikrar yang digunakan oleh pihak pembangkang, yang mengakibatkan parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Bagaimanapun, program itu yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang diperkenalkan pada 1971, mesti ditamatkan ‘secara beransur-ansur’, kata Najib dalam wawancara dengan Televisyen Bloomberg yang disiarkan hari ini.

“Jika kita tidak berubah, rakyat akan mengubah kita,” kata Najib, 55, di pejabatnya di Putrajaya.

“Dalam tempoh masa tidak lama lagi, kita akan menyaksikan semua elemen Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan diganti,” kata Najib tetapi beliau tidak menyatakan bila ianya akan dilakukan.

DEB digubal oleh bapa Najib, yang juga perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein – melalui peruntukan pekerjaan, rumah murah serta faedah yang lain. Kira-kira 65 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia adalah orang Melayu.

Dalam pilihanraya umum lalu, BN kembali berkuasa tetapi gagal mempertahankan penguasaan dua pertiga di Parlimen. BN juga tewas di empat negeri – Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor –  dan PAS berjaya mengekal Kelantan dengan tambahan kerusi.

Menurut Bloomberg, dengan menawar untuk memansuhkan DEB, dalam tempoh masa yang tidak ditetapkan, dan menggantikannya dengan sistem berasaskan keperluan, Najib dilihat mengambil pendekatan hampir sama dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga menyokong satu sistem yang berasaskan keperluan.

Anwar sedang berusaha untuk mengambil alih kuasa tetapi Rabu lalu, penasihat PKR itu berkata kini sukar untuk beliau menarik sokongan daripada ahli Parlimen BN untuk menyertai Pakatan.

Calon tunggal

Najib merupakan calon tunggal setakat ini yang dicalonkan untuk jawatan presiden Umno oleh bahagian Umno yang sedang bermesyuarat sekarang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melepaskan jawatannya kepada timbalannya, Najib Mac depan. Sebelum ini, Abdullah merancang menyerahkan kuasa pada 2010 tetapi telah dipercepatkan kepada awal tahun depan.

Beberapa penganalisa tidak begitu yakin yang Umno – selaku parti pendukung BN – bersedia untuk memansuhkan rancangan tersebut yang membantu ahli-ahlinya.

Penganalisa politik, Karim Raslan yang berpejabat di Kuala Lumpur dan Jakarta berkata, Umno belum dapat menerima sepenuhnya setakat ini bahawa parti itu perlu berubah.

“Saya tidak nampak keikhlasan yang cukup dari segi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh parti tersebut,” katanya.

“Ramai pemimpin parti itu merasakan, degan menggantikan Abullah, mereka akan dapat menangani kelemahan tersebut. Saya tidak bersetuju dengan mereka. Saya tidak nampak banyak tanda-tanda (akan berlaku) pemulihan,” kata kepada Bloomberg.

Berkongsi faedah

Dengan menamatkan program tersebut, ia akan mengakhiri ketidaksaksamaan antara kaum sejak berdekad-dekad lalu.

Kaum Cina dan India di Malaysia perlu mendapatkan kelulusan yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Orang Melayu juga mendapat keutamaan untuk memperolehi kontrak kerajaan dan apabila syarikat menjual sahamnya, 30 peratus mesti dijual kepada orang Melayu.

“Ia adalah satu cabaran yang besar,” kata Najib dalam wawancara itu semalam.

“Mesti ada keazaman politik dan keinginan untuk berubah di dalam Umno. Saya tidak boleh mengharapkan rakyat melihat kita dari kaca mata yang baik kecuali kiita berubah, kecuali kita membaiki kelemahan kita,” katanya.

Najib adalah lulusan ekonomi dari Universiti Nottingham di United Kingdom. Anggota keluarganya sudah lama memegang kedudukan yang tinggi dalam bidang politik dan dalam perniagaan. Bapanya, menjadi perdana menteri dari 1970 hingga 1976. Sepupu Najib – Datuk Hishammuddin Hussein –  kini menjadi menteri pelajaran. Manakala adik bungsunya, Datuk Nazir Razak menerajui bank kedua terbesar di Malaysia – CIMB Group Bhd.

Selamat Mengundi Permatang Pauh

Selasa, 26 Ogos, 2008

Kepada semua pengundi P44. Permatang Pauh. Selamat mengundi dan pilihlah calon yang terbaik. Calon yang bukan saja terbaik untuk Parlimen Permatang Pauh. Malah lebih lagi, anda akan menjadi penentu kepada masa depan negara kita. Semuanya akan bermula dengan undian anda di Permatang Pauh.